salah sebiji buah epal di mataku

salam readers..

hari ni xde aper nk cerita.. cuma ahkak baru lepas baca blog kawan ahkak yg baru shj kehilangan anak saudara akibat terjatuh.. sedih rasa membayangkan ayahnya terpaksa membuat keputusan utk menhentikan bantuan alat pernafasan.. kitika itu, teringat ahkak pd diri ahkak sendiri.. walau pun tidak melibatkan sebarang kejadian kehilangan seseorg, namun hampir2 kehilangan seseorg juga membuatkan hati wanita tersentuh bila baca kisah2 sebegini.. seseorg itu bukan lah org yg jauh.. anak ahkak sendiri, abeed.. mana2 yg pernah baca blog ahkak sebelum ini, pasti ada terbaca kisah abeed.. cuma kt sini ahkak ingat nk coretkan kisahnya sebagai kenangan yg pasti tidak dapat dilupakan..

abeed firhad lahir pd tanggal 16 mac 2009 iaitu dua hari sebelum birthday kakaknya yg jatuh pd 18 mac.. lahir dgn berat 3.4kg, putih gebu di an-nisa’ kota bharu.. memang comel..

selepas gugur tali pusat, maka acara cukur dilakukan sbg tuntutan dalam Islam..

cukup 2 minggu berpantang di kelantan, maka ahkak pun balik sambung di johor.. di sana tiada perkara yg merunsingkan yg berlaku pd mulanya.. namun kunjungan nurse yg dilakukan secara berlaku mengesan kenaikan suhu badan yg tidak ketara serta najisnya bercampur sedikit warna hijau.. memandangkan abeed baru berusia tidak sampai satu bulan, kes ini dirujuk ke doktor di klinik kesihatan labis.. oleh kerana doktor tidak mahu tanggung sebarang risiko, maka dia merujuk pula perkara ini ke hospital segamat..

ketika itu, abeed baru mencech usia 20 hari.. maka kami bermalam di wad menemani abeed.. doktor pula tidak mahu memberikan sebarang ubat memandangkan keputusan lab belum diperolehi.. cuma pd masa itu doktor mengesyaki sama ada terdapat jangkitan ataupun lactose intolerant.. dimaklumkan bhw keputusan lab hanya boleh diperolehi seawalnya pd hari ke 4..

masuk hari kedua di hospital, doktor cuma memantau suhu & kekerapan poo poo nyer shj.. namun, bermula tengahari, abeed mula muntah & berak2 cair every setengah jam.. berat badannya mula menyusut.. wajahnya mula cengkung.. akhirnya saya & mak berbisik sesama sendiri.. kenapa kami bawa abeed ke sini?? sedangkan dr awal lagi kami boleh bawa abeed ke hospital swasta.. satu kesilapan yg x disengajakan oleh kami akibat cuak bila doktor klinik kesihatan kata kena masuk wad.. x terlintas langsung nk bawa abeed jumpa pakar di private hospital..

inilah wajah comel yg bertukar cengkung akibat kehilanga air yg banyak dlm tubuh.. abeed yg biasa aktif kelihatan tidak bermaya sama sekali hinggakan dia enggan untuk menyusu sejak petang hari kedua dlm wad..

masuk hari ketiga di hosp, semasa lawatan doktor, kami suarakan hasrat kami untuk memindahkan abeed ke hosp swasta.. doktor setuju dgn cadangan kami namun menurut beliau, discaj mungkin akan ambil masa & beliau juga turut membantu kami mengatur ambulan untuk mengambil & menghantar abeed ke hosp.. cadangan kami adalah utk ke hosp pantai melaka..

melihat keadaan abeed yg lemah, doktor cadangkan agar abeed diberi rawatan rapi.. maka kami terpisah sebentar.. kami di wad & abeed di icu kanak2 sementara menunggu proses discaj dsb..

utk pengetahuan semua, hosp kerajaan x provide ambulan dr hosp kerajaan ke hosp swasta.. maka org ramai perlu menggunakan ambulan swasta.. dlm kes ahkak ini, ambulan swasta di segawat tidak dpt provide doktor utk menemani pesakit sepanjang perjalanan.. ini adalah wajib apabila patient adalah bayi.. jadi, doktor segamat tolang arrange ambulan dr hosp pantai melaka untuk ambil kami di hosp segamat & menghantar ke hosp pantai melaka…

sewaktu nk ambik abeed drp icu, misi di icu memaklumkan bhw terdapat cecair bewarna merah keluar dr mulut abeed.. jd misi tu suspect cairan bewarna merah itu adalah darah.. misi tanya jugak kalau2 sewaktu abeed brestfeed, nipple crack ke.. maka ahkak kata x mungkin la sbb breast feed (sbb x BF pun).. maka saya makin cuak..

sepanjang dlm ambulan, ahkak dok sebelah drebar, misi & doktor dok kt blkg pantau abeed.. abeed x merengek pun.. tidur je.. sekejap2 bunyi jugak la.. lepas misi topok2, dia tidur balik.. perjalanan segamat ke air keroh sejam setengah..

oleh kerana kami x biasa pun dgn doktor di sini, maka mak nine suggest ambik dr athi sbb uyah dulu jumpa doktor ni & doktor ni bagus & sgt teliti.. sampai je kt pantai hosp, terus ambik darah, urin & poo poo test.. pastu arrange bilik.. tp sbb baby pun tecik comel lg, maka dia diletakkan dlm kubik.. dia sorang2 dia je kt situ.. masuk dlm kubik tu, terus kena ambik xray chest..

lebih kurang cenggini lah alat dia.. pastu mcm2 wayar & tiub ader.. masuk ikut mulut, idung.. yg tepek2 kt dada tuh.. mcm2.. dia duduk dlm warmer masa tuh..

masa tu sebak hati tengok wayar berselirah.. dh la kecik je abeed masa tuh.. menangis x berenti.. pastu doktor bilang abeed ader jangkitan dlm darah.. so jangkitan ni dh merebak ke seluruh organ.. buah pinggang, paru-paru, sedikit dh masuk otak, penghadaman.. all!!! dia kata condition dh teruk.. mula ahkak x paham.. pastu ahkak diterangkan lg oleh sister bertugas.. sister kata teruk tu meaning critical 50-50.. luruh jantung ahkak masa tuh.. pastu sister kata doktor bg dos ubat yg paling maksimum & bg ubat tidur sbb abeed x berenti menangis.. oleh kerana ahkak x boleh tunggu kt situ, maka sister cadangkan ahkak balik berehat memandangkan tempoh pantang pun belum abih lagi..

itu abeed dlm warmer dia.. masa ni dia tidur..

ni pic hari kedua di pantai hosp… tiub mulut dh dicabut.. mula drip set buat kt kaki, pastu next day kena buat kt kepala sbb kaki dia tendang2 drip.. nk buat kt tangan, urat kecik sgt..

ini pics hari kelima… mata pun dh buka besar.. susu dh minum ikut mulut… keadaan bertambah baik.. doktor sgt puas hati dgn perkembangan abeed.. lega hati ibu masa ini.. air pun dh stop.. cuma ubat je ikut kepala.. dh boleh nk angkat abeed..

hari keenam tiub idung dh cabut.. masa ni badan dia dh start naik balik.. pipi dh kembung.. mata dh x cengkun.. muka berseri2..

hari ketujuh dh x payah letak bwh warmer.. hanya pakai katil mobile baby yg biasa sajer.. baru ku tahu sewa baby warmer itu sehari adalah RM200++ kalau x silap..

ni hari kelapan.. masih x boleh discaj lg sbb ada fungus dlm mulut.. ala2 yg putih2 dlm mulut budak2 tuh.. tapi semua alat dh cabut.. ni utk pemerhatian shj.. keesokan harinya dh boleh balik… masa ni bermulalah episod minum susu soya..

inilah kali pertama abeed masuk hosp… nanti kan cerita kali kedua masuk hosp iaitu kira2 usianya 3 bulan.. suspect meningitis, kena buat city scan & kena sawan…

lihatlah dia sekarang..

hafezahzainudin

berenang-renang di hujung minggu…

salam semua,

sejak dh x banyak buat majlis BR1M ujung minggu, maka dapat lah ahkak meluangkan masa bersama keluarga serta projek mengemas2 rumah berjalan seperti sebelumnya.. jadi minggu lepas kami memutuskan utk membawa anak2 kecil ke splash N KB sajork.. janji ader kolam & air..

mula2 kami smpai kul 1.30pm.. baru perasan kolam dia bukak kul 2.. makanya, tepat kul 2, kami dh pun tercongok depan kaunter & menjadi keluarga pertama masuk dlm kolam tu pd sessi petang.. ini 1st time datang kt cni walaupun dh nk masuk 5 tahun duduk kt kelantan nih..

kami keluar dr tempat ni dlm pukul 6 ptg.. bayangkan budak2 mandi smpai 4 jam!!! masuk je kereta, bagi susu, terus tido smpai ke pagi.. letih la tuh… zulfah cuma main2 air sikit jer.. tapi tu pun tido smpai 2 kali kt kolam tuh.. letih kot tunggu abang & kakak dia main air…

mula2 kanak2 riang ni nk pelampung.. kt situ kena sewa.. mcm2 alasan ahkak bg.. nanti kita datang lg bawak pelampung sendiri la, pelampung tu kecik sgt la, pelampung tu x best la etc.. mujur lah ader pengunjung yg balik tapi x serahkan pelampung di kaunter… sorang satu dpt pelampung free.. pastu dapat pulak bola.. bola pun kena sewa gak.. apa lagi, sakan la budak2 main air..

kesimpulan hasil lawatan kali ini adalah, sangat berbaloi pergi ke tempat ini… tiket pun xde la mahal sgt.. yg penting anak2 happy dpt main air…

ooo… lupa nk bgtau… si tembam dh tumbuh gigi dh.. baru sebatang kt belah bawah… pastu pantang nampak org lain makan… mesti mulut dia pun menguyam2 sekali… patut la debab… tapi debab x dapat nk manja lebih2.. tahun ini debab dh nk jd kakak dh..

hafezahzainudin

deko2 bersama ahkak..

salam semua,

walaupun x sempat menatap wajah rumah dlm masa yg lama, tetapi nasib baik la kapasiti internal brain ni masih cukup utk me visualize kn keadaan umah iteww tanpa drawing di sisi.. maka, berdasarkan imaginasi yg tinggi, ahkak telah berjaya skodeng perabot2 yg kononnya menepati citarasa ahkak iteww.. ceh!! citarasa kunun.. pada hal carca marba jer… maka, konsep umah yg menjadi pilihan adalah ‘french style tp kalau x jd french style, jd french fries pun xpe’…

penataan di living room mengambil konsep french style yg x berapa klasik & x berapa moden.. sedang2 sajorkk.. mengambil kata2 rizalman agar set seatee tu jgn set yg sama, maka ahkak telah memasang angan2 utk memiliki perabot ini.. atau lebih tepatnya, ahkak telah menempah perabot ini..

perabot di living room guna fabrik range colour coklat.. sbb kalau guna warna putih, fabrik cepat kotor.. maklum lah rumah ni kan penuh dgn budak2..

wardrobe semua build in.. kaler putih.. utk master bedroom konsep cermin penuh kat wardrobe dia.. mcm dlm gambar ni..

pastu untuk bilik tetamu, wardrobe tu buat sekali dgn dressing unit mcm nih..

utk bilik budak2, ahkak nk buat katil bersekali dgn wardrobe.. namun, belum jumpa tukang kayu yg sesuai.. hopefully kawan ahkak dpt cari carpenter yg best…

ahkak cadang nk tempah L shape bunk bed with wardrobe khas utk anak2..

utk dining pula, ahkak tempah ini.. mula2 tempah 8 kerusi.. bila dh cuci umah, ukur2, kalau 8 kerusi amat sempit sekali.. pastu ahkak cancel.. drp 8 kerusi jd 6 sajork…

katil pula, master bedroom ahkak tempah design gini..

ni kalau dgn katil cungg mcm ni masih x dpt menambah umat manusia tahun depan, x tahu la nk habaqq.. siap tempah king size tuh.. orait la tuh… selari dgn pertambahan masing2… hehehheh..

katil bilik tetamu, hajatnya nk beli kt ikea.. nk beli yg cenggini.. baru rm500++.. jimat wooo…

bilik no 4 plak, bilik menonton.. plus bilik org tumpang sembahyang etc.. sebab ruang dia sempit… maka kalau buat build in kabinet lg sempit… ahkak cadang nk beli sofa bed, almari kecik & meja utk wat kija.. then wall shelf sbg rak buku..

pintu bilik air ahkak tukar kpd pintu cermin mcm nih..

grill pulak pilih kaler putih bunga rose mcm ni.. tp lain sket pattern dia..

mula2, ahkak ingat grill ni cuma design daun2 jer.. pastu cina grill tu cakap ‘nanti aaa di grill sliding door x boleh pasang rosebud’.. ahkak tercengang2 je dengar.. pastu ahkak kata ‘tokey,mana ader bunga, daun saja maa..’ pastu cina tu tunjuk kt pic ni yg bahagian atas grill tu rupernyer ader rosebud.. ahkak pun terus cakap ‘voleh jugek la letak rosebud nih..cun jugekk’ sebagai ayat cover malu… then ahkak pilih kaler putih powder coated.. kalau ikut mr hubby, dia kata nanti umah yg konon2 nk buat atas tanah dia, tanak pasang grill.. nak pasang alarm satu umah.. ikut dia la… semua grill ni ahkak pastikan x dimatikan terus.. meaning 1 panel boleh buka utk kes kecemasan.. kita x nk akibat grill yg konon2 dibuat utk keselamatan menjadi perangkap kpd kita plak..

utk dapur, ahkak x buat kabinet.. sbb konon2 in future nk extend bahagian dapur…

bahagian luar pula, x terfikir lagi nk buat cmne.. hajat nk wat kolam ikan.. tapi takut ikan mati sbb x bg makan.. ekekek.. yg tu boleh fikir kemudian sbb bukan keutamaan..

lampu belum beli lagi.. kipas x beli lagi.. aircond pun x beli lagi.. mesin basuh, fridge, water heater, tv etc semua belum beli lagi.. x tau la bila pulak nk balik johor nih.. x sabar nk beli lampu..

yg x tahannya, siap cakap kt mr hubby nk tukar toilet bowl.. dgn alasan toilet bowl yg derang letak tu x cun… ekekeke.. pastu verangan nk tukar sinki dapur & sinki bilik air… mcm dh nk renovate bilik air plak rasernyer… kelakar plak rasanya.. verangan nk umah ala2 resort/hotel, tp borang defect pun x submit lagi… dem… ekekkee… tu belum verangan wallpaper aper nk pasang, lampu gantung mana yg sesuai etc…

satu lagi.. memandangkan umah tuh dh fully tiles… maksudnye memang umah ni dh dilengkapi dgn jubin, maka ahkak x payah pening2 nk tambah tiles ke, hape ke.. sebab ada sesetengah perumahan yg x letak tiles dlm bilik etc.. tp kalau umah ni belum tiles lagi, confirm ahkak pasang timber laminated floor… hehehhehe… baru cungggg…

lagi satu… semua cermin umah ni bukan yg jernih tu.. yg kaler ijau tuh.. jd dh x payah tukar cermin.. pastu pagar pun pagar yg cun.. bukan pagar chain link.. so di situ save bajet dah.. cuma kalau nk tambah pun, tambah motor utk auto gate sajork…

ok lah… ahkak nk sambung keja/verangan nih… nanti kalau balik johor, ahkak snap pic umah utk tatapan..

cuti yg memenatkan..

salam semua…

hari ni ahkak nk bercerita pasal cuti yg memenatkan… bermula episod dgn rumah yg baru siap dlm pertangahan bulan Mac 2012.. so, memang ahkak x sempat nk ambik kunci.. maka ahkak wakilkan mak ahkak sahaja yg ambil kunci tersebut…. oleh kerana mak ahkak pun sibuk, maka lepas dia ambik kunci, tengok umah dr luar je & terus bertolak ke melaka.. yes.. mak ke melaka dgn bakal pengantin, adik, yg waktu tu dh start cuti kawen.. purpose ke melaka adalah utk mengambil i/c nya pd abang… abang x ingat nk pulangkan i/c mak lepas beli tiket ketapi utk mak ke kelantan…

mengapa perlunya i/c mak iteww?? ye la.. banyak urusan yg memerlukan i/c terutama dh dekat sgt dgn nikah kawen nih… mak bermalam semalam je kot kt melaka.. keesokan harinya balik labis… pas balik melaka ahkak called derang, tanya ada x parcel smpai kt umah?? giler parcel tu ader handbag utk hantaran adik.. then adik check dlm post box ada msg dr pej pos suruh ambik parcel sbb masa derang nk deliver parcel, org xde kt umah… adik pun segera ke pej pos amik parcel.. maka handbag pun dh selamat smpai membuatkan hati ahkak lega skit..

ahkak bertolak dr kelantan pd hari khamis petang.. sepatutnya nk bertolak pagi.. tapi mr hubby ader program kayuh beskal la plak kt KB.. dlm 2.45ptg baru kitorang gerak ke johor.. smpai labis pukul 1 pagi… letih wooo…

tepat pkl 9 pg hari jumaat, kami 2 laki bini bertungkus lumus basuh umah yg baru dpt kunci iteww… 3 jam!! patah pinggang ahkak… pastu survey defect lagi.. cuci2 apa yg perlu… pastu menung2 jap dgn mr hubby sambil bincang psl konsep & susun atur perabot… oleh kerana niat pun nk cuci umah, maka ahkak xde la bwk kamera segala… heheheh..

satu lagi kebetulan.. masa kitorang baru2 start ops cuci tu, cina kontraktor yg tgh buat umah banglo tanya kitorang psl kabinet etc.. pastu dia kata dia ada kawan utk buat kabinet.. ahkak pun suruh dia panggil kawan dia datang ukur.. x smpai 10 minit kawan dia pun datang.. rupenyer kawan dia tgh pasang kabinet kt area perumahan tu jugekk.. ahkak cuma minta dia buat wardrobe & tukar pintu bilik air je..

lepas pukul 12, kami pun balik ke umah mak.. so mr hubby rehat jap.. mandi2, gi solat jumaat… pastu pukul 3 ptg appointment dgn tukang grill plak… dh ukur, gi plak kedai dia pilih design.. dekat pukul 5 baru selesai…

balik umah plak, tolong2 mak kemas2 umah pasal malam karang ader wat makan2 & baca doa selamat utk pengantin… lepas majlis makan2, siapkan hantaran mana yg x siap lagi… iron baju etc… then, zzzzzzzzzzzzzzzzz..

tepat pukul 5.30am, dh bangun… bangunkan anak2.. si abeed plak degil x nk bangun.. suruh mandi menjerit2 dlm bilik air.. tanak pakai baju.. last2 pakaikan dia pampers, angkut terus dlm keta.. tepat jam 6.30 pg, semua keta gerak ke kulai.. dlm pukul 9 lebih, kami smpai ke destinasi.. pukul 11 akad nikah.. pukul 2.45pm sanding (mak andam lewat smpai sbb tertinggal tanjak..).. patut kul 2 dh sanding.. then pukul 4 lebih kami berangkat ke labis.. smpai labis dlm kul 7 lebih... pastu kemas umah, pinggang, mangkuk etc..

esoknya hari ahad, pepagi lagi gi umah pak wai sbb dh janji dgn widad.. widad nk mandi dlm bath tuh ayah atok.. makanya, ketiga2 org iteww menjalankan aktitivi mandi manda dlm bath tub dgn jayanya.. widad, abeed & uyah.. pastu gi umah mak jai plak.. pastu balik umah mak, kemas2 baju & bertolak ke kelantan.. smpai kelantan kul 11.30 mlm..

hari isnin keja… huwaaaaaaaaaaaa…. x sempat nk tumpukan perhatian pd umah yg baru siap iteww…

adikku dh kawennn…

salam readers,

syukur alhamdulillah.. pada tanggal 31 mac 2012, adikku telah selamat bergelar suami.. tahniah kepada beliau & isteri fatin nabihah… semoga berbahagia hingga ke syurga..

gambar ahkak xde..sbb ahkak la photographernye.. pastu dok sibuk jaga anak2.. majlis sambut menantu belah ahkak bulan september..

umah dh siap.. hari tu sempat jugak cuci umah.. letih.. pastu baru sempat ukur grill & wardrobe.. yg lain belum settle lg.. lampu x cari lagi.. rail langsir belum pasang.. curtain rod pun belum survey lagi.. banyak benda belum settle..