family,

From Pasir Mas to Southampton - Bournemouth Beach

3:14 AM Unknown 1 Comments


Menikmati keindahan pantai, sudah tidak asing bagi warga UK terutamanya ketika musim panas. Pantai menjadi destinasi utama kepada warga di sini kerana ketika inilah suhu air laut tidak terlalu sejuk. Tambahan pula, cuti sekolah amat panjang iaitu kira-kira sebulan setengah ketika musim panas. Peluang inilah yang dinanti-nanti oleh anak-anak untuk berkelah dan bermain-main di pantai. Di Southampton, lokasi pantai yang terdekat adalah di Bournemouth. Pantai Bournemouth terletak tidak jauh dari Southampton. Perjalanan ke sana hanya mengambil masa antara 30-40 minit sahaja dengan menaiki kereta. Pantai Bournemouth yang panjangnya tujuh batu sudah tentu membuat pengunjung rasa teruja.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh diterokai di sini. Antaranya adalah sukan air seperti belayar,berkayak, surfing, jet-skiing, menaiki cruise dan pelbagai lagi. Tidak hanya mewah dengan aktiviti sukan air, pantai ini turut dilengkapi dengan restaurant/cafe (tidak dijamin halal). Terdapat juga pengunjung yang membawa peralatan barbeque sendiri dan menikmati keenakan barbeque bersama kenalan dan keluarga.

Cikjah dan keluarga berkesempatan mengunjungi pantai ini minggu lepas. Anak-anak sangat gembira apabila mengetahui bahawa mereka akan berpeluang bermain dan mandi di pantai. Di sini, kami perlu membayar parking mengikut perkiraan jam. Tiket pembayaran harus dipamer di cermin hadapan bagi mengelakkan disaman. Untuk makluman, saman di sini agak mahal. Apatah lagi sekiranya ditukar ke dalam nilai Ringgit Malaysia. 

Pengalaman pertama merasa air laut di UK adalah SANGAT SEJUK. Bayangkan anda menjejakkan kaki ke dalam air perigi di waktu pagi. Begitulah rasa air laut di UK ketika ini. Mungkin apabila musim sejuk, suhu airnya lebih tinggi berbanding sekarang (sekarang musim luruh). Walaupun airnya sejuk, anak-anak tetap berenang-renang dalam laut terutama Widad yang memang terkenal dengan kegemarannya bermain air. Anak-anak yang lain cepat sahaja naik ke pantai apabila kesejukan mula menggigit badan masing-masing.































You Might Also Like

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete