family,

From Pasir Mas to Southampton - Arrival

4:00 AM Unknown 0 Comments


Perjalanan dari KLIA ke Heathrow, London memakan masa lebih 12 jam. Kami enam beranak bersama ibuku menaiki pesawat MH2 dengan dipisahkan antara business class dan economy class. Sepanjang penerbangan, anak-anak yang sudah mengenal erti apa itu kapal terbang, menaiki pesawat, dan mengunjungi negara sejuk; amat dinanti-nantikan mereka malahan keterujaan itu lebih terserlah ketika mendapat layanan yang mesra daripada kakitangan MAS. Bagi anak-anak yang lebih kecil, mereka lebih selesa mengikut rutin harian iaitu tidur. Mujur tiada insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan kami ke UK.





























Kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan (UK), pesawat MH2 selamat mendarat. Sampai di Terminal 4, Heathrow, kami melepasi laluan imigresen dengan sedikit ujian. Ibuku yang akan mememani kami sekeluarga sehingga 6 bulan dihujani persoalan demi persoalan daripada pihak imigresen. Kenapa perlu tinggal lama di UK, sudahkah dibeli tiket untuk kembali ke Malaysia, adakah ibuku mempunyai apa-apa perlindungan insurans; adalah antara soalan yang perlu dihadapi. Ibu tidak henti-henti membaca doa supaya dipermudahkan urusan di kaunter imigresen. Syukur kepada Allah, akhirnya kami dibenarkan masuk ke UK bersama ibuku.

Keadaan menjadi bingung seketika ketika kami hendak mendapatkan perkhidmatan teksi atau menyewa kereta. Oleh kerana waktu masih awal, maka kaunter perkhidmatan kereta sewa masih belum dibuka. Dalam masa yang sama, kami dapati caj teksi daripada London ke Southampton GBP200. Amat mahal sekali. Setelah menghubungi AJK Keluarga Malaysia Soton, kami dinasihatkan untuk menaiki bas. Tiket bas bagi 3 dewasa dan 4 kanak-kanak termasuk bayi GBP80++ (tidak ingat jumlah sebenar). Ketika itu, badan kami amat letih sekali kerana mengusung beg-beg dan kotak-kotak yang berat. Anak-anak pun telah mula menunjukkan kelesuan mereka dengan menunjukkan protes, merajuk dan sebagainya. Layan je la.







Kami menaiki bas pukul 10 pagi dan tiba di bumi Southampton lebih kurang 1.30 tengahari. Sekali lagi, daripada Terminal Bas Southampton, kami menaiki 2 buah teksi ke Broadlands Road dengan jumlah tambang GBP18. Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang kuat Keluarga Soton seperti saudara Afeef, saudara Anas, saudara Fuad, saudara Faizul dan lain-lain. Di sini, kami menetap di rumah saudara Imran Mustaffa yang ketika itu pulang ke Malaysia bagi urusan perkahwinannya. 

Selesai sahaja memunggah barang ke rumah saudara Imran, kami dijemput oleh saudara Anas dan pasangannya, Aishah untuk menikmati juadah tengahari. Kebetulan, memang kami amat lapar selepas seharian tidak menjamah makanan berat. Apatah lagi pada waktu itu Cikjah sedang mengandung 6 bulan. Kami dijamu dengan hidangan ayam masak lemak kuning, sayur campur dan yang penting sekali ada hot chocolate. Memang sedap dan lazat dapat menikmati minuman panas ketika cuaca dingin.




Petang itu, kami sekeluarga tidur sampai pengsan. Kroh, kroh, kroh.




You Might Also Like

0 comments: