sabar je laa..

9:33 AM Hafezahzainudin Z 0 Comments

salam readers..

ahkak masih bersiaran lagi.. maka, sabar je laa.. baby x mo kuar lagi.. semalam ahkak gi klinik TMC.. buat check up spt biasa.. semua ok cuma doktor kata air ketuban tu dh mula kurang.. bacaan normal air ketuban 5 ke atas.. tp ahkak plak 4.9 ajorkk.. jadi, mari kita lihat kesan air ketuban kurang kpd baby, ye murid2...

-------------------------------------------------------

catatan: sumber http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&catid=37%3Amasalah-hamil&id=224%3Aair-ketuban-saya-kurang-adakah-saya-perlu-risau&Itemid=59

Saya sekarang hamil 35 minggu. Semasa ujian Ultrasound terakhir, doktor mengatakan yang air ketuban saya kurang. Adakah saya perlu risau?

hamilKekurangan air ketuban memang membimbangkan. Air ketuban memberikan ‘cushion’ dan melindungi bayi dari kecederaan dari hentakan dan memberikan ruang untuk pembesaran, pergerakkan dan pertumbuhan yang normal.

Air ketuban juga merupakan petanda kesihatan bayi secara keseluruhan kerana ia terjadi dari urin yang di rembeskan terus dari buah pinggang bayi. Sumber urin pula dari aliran darah bayi yang bersambung pada uri, organ yang memberikan bekalan oksigen dan nutrien pada bayi semasa dalam rahim.

Biasanya air ketuban berkurangan secara fisiologi pada lewat kehamilan tapi ia cuma kekurangan relatif sahaja disebabkan badan bayi sudah pun memenuhi hampir keseluruhan ruang rahim. Walaubagaimanapun, sekiranya air ketuban kelihatan terlalu kurang, bayi anda mungkin akan terdedah kepada risiko komplikasi seperti kekurangan oksigen dan terbantut tumbesaran.

Sebab sebab kekurangan air ketuban :

  • Ketuban pecah sebelum masa
  • Masalah pada uri
  • Masalah perubatan ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
  • Masalah kecacatan bayi seperti buah pinggang, jantung, jangkitan kuman dan kecacatan genetik.

Sekiranya kekurangan air ketuban tidak begitu teruk, minum air secukupnya dan rehat mungkin boleh menolong. Sekiranya kandungan anda masih muda, doktor akan memantau dengan teliti keadaan bayi anda dengan membuat pemeriksaan US dengan lebih kerap untuk memastikan jumlah air ketuban tidak turun secara mendadak.

Sekiranya anda sudahpun pada lewat kehamilan, doktor selalunya akan menyarankan ‘ induce’ untuk mengurangkan insiden bayi lemas. Semasa tempoh bersalin, kekurangan air ketuban memberikan risiko kekurangan oksigen pada bayi disebabkan tali pusat yang tertekan semasa kontraksi. Sekiranya ia terlalu kurang atau tiada langsung, kelahiran secara pembedahan mungkin disarankan.


sumber :http://infowanita.blogspot.com/2008/04/air-ketuban-kurang.html

SOALAN:
Saya berusia 30 tahun dan kini hamil 34 minggu. Saya mengalami keadaan kekurangan air ketuban.

Mengikut doktor yang memeriksa saya, tiada punca menyebabkan air ketuban saya kurang dan saya mengalami masalah yang sama dua kali sejak melahirkan anak pertama.

Adakah kekurangan air ketuban akan menyebabkan bayi dalam kandungan saya lemas? Adakah perkara berkenaan akan terus berlaku sekiranya saya ingin hamil kali ketiga? Adakah sebarang kesan pada bayi yang dikandung jika berlaku pengurangan air ketuban?

Linda,
Kuala Lumpur



JAWAPAN:

Kekurangan air ketuban dinamakan oligohidramnios. Isi padu air ketuban sukar diukur sewaktu kehamilan berlangsung. Suatu teknik mengukur indeks air ketuban dapat membantu mengenalpasti masalah berkaitan.

Pada usia kandungan 34 minggu, isi padu air ketuban boleh mencapai 1000 mililiter, namun ia lazimnya diukur menggunakan bantuan ultrabunyi ke atas ruang terdalam air ketuban pada keempat-empat suku kawasan kandungan.

Air ketuban penting dalam kehamilan. Ia mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim, untuk membantu menyerap kesan hentakan luar (seperti trauma dalam kemalangan), himpitan (contohnya jika berlaku pengecutan rahim dan seumpamanya) serta menstabilkan suhu persekitarannya.

Bersama selaput ketuban (membrane amnion), ia juga bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dari luar.

Air ketuban dihasilkan oleh kedua-dua ibu dan kandungannya. Pada trimester ketiga kehamilan, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban, kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin.

Jumlah isi padu air ketuban ini diimbangi oleh penghasilan dan pembuangannya (melalui proses janin menelan dan serapan usus janin ke dalam aliran darah kembali ke ibu). Jika kehilangan air ketuban melebihi penghasilannya, berlakulah oligohidramnios.

Penting untuk memastikan indeks terlebih dulu dan jika benar anda mengalami oligohidramnios, penting untuk doktor memeriksa puncanya dengan lebih lanjut. Oligohidramnios mempunyai beberapa punca, antaranya:

- Kebocoran selaput ketuban mengakibatkan lelehan air ketuban secara berterusan sedikit demi sedikit, boleh berlaku tanpa disedari dan disangka lelehan lendir faraj.

- Kurang penghasilan air ketuban akibat masalah buah pinggang serta paru-paru janin. Kelainan kromosom janin juga boleh menyebabkan kurang penghasilan air ketuban ini.

- Masalah pertumbuhan janin (intra uterine growth restriction atau IUGR).

Anda mungkin sudah dinasihatkan menjalani imbasan ultrabunyi secara mendalam untuk memeriksa struktur fizikal janin secara keseluruhannya terutama kedua-dua buah pinggang dan paru-paru. Ia lazimnya dilakukan oleh pakar perbidanan yang khusus dalam bidang feto-maternal atau juru ultrabunyi yang terlatih.

Kemungkinan jangkitan kuman (chorioamnionitis) akibat kebocoran selaput ketuban pula dapat disahkan secara ujian persampelan lendir atau cecair faraj serta ujian darah termasuk ujian protin C-reaktif.

Dalam keadaan oligohidramnios teruk, penyempitan ruang dalam rahim memberi kesan kepada janin, termasuk mengganggu pembentukan paru-paru (hipoplasia paru-paru), menyebabkan kecacatan pada anggota kaki yang terperenyuk (talipes kongenital, ini lazimnya dapat diperbetulkan) serta kedudukan janin tidak normal (songsang atau melintang atau menyerong).

Selain itu, kesannya membabitkan janin lemas akibat tali pusat terhimpit sehingga mengganggu aliran darah beroksigen daripada ibu kepada janin, aspirasi najis janin ke dalam ruang pernafasannya, kelahiran pramatang, kematian dan seumpamanya.

Oligohidramnios jarang berkait dengan kehamilan akan datang. Mungkin anda hanya mengalami oligohidramnios minimum dan akan pulih sendirinya dalam masa beberapa minggu ini serta tidak memberi kesan kepada kandungan.

Teruskan rawatan mengikut jadual. Ini kerana, jika keadaan berterusan atau bertambah teruk, anda mungkin akan dijadualkan bersalin lebih awal bagi mengelakkan komplikasi pada kandungan.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/



----------------------------------------------------------


pastu doktor check denyutan jantung baby & ibunya.. alhamdulillah semua normal.. jantung baby ok.. so ini menandakan dia dpt cukup oksigen.. berbalik kpd masalah tadi.. oleh kerana air ketuban ahkak atas pagar, maka doktor menasihatkan agar di induce atau dipercepatkan bersalin... kata doktor, jika x bersalin juga, maka 31 mei ni ahkak akan di induce...







mari kita belajar pula apa iteww induce... induce ni hanya dibuat berdasarkan atas keadaan tertentu sahaja.. teknik indce plak ader beberapa jenis... korang bacalah di bawah... senang cerita ader yg mcm masuk drip, ader yg telan ubat & ader plak yg ikut tuuuuuuttt... sekiranya semua kaedah induce x berjaya, maka C-sec la jawabnya...

sumber : http://www.babycenter.com/0_inducing-labor_173.bc?page=2#articlesection3

What are some of the techniques used to induce labor?

This depends in large part on the condition of your cervix at the time. If your cervix hasn't started to soften, efface (thin out), or dilate (open up), it's considered "unripe" – or not yet ready for labor.

In that case, your practitioner would use either hormones or "mechanical" methods to ripen your cervix before the induction. This tends to shorten the length of labor, and sometimes these procedures end up jump-starting your labor as well.

If your labor doesn't start, you'll get an IV infusion of oxytocin. This drug (often referred to by the brand name Pitocin) is a synthetic form of the hormone that your body naturally produces during spontaneous labor.

Some of the methods used to ripen the cervix and induce labor are:

  • Using prostaglandins. Typically, if you need to be induced but your cervix is not yet dilated or thinned out, you'll be admitted to the hospital and your caregiver will start the induction by inserting medication that contains prostaglandins into your vagina. This medication helps to ripen the cervix and, as mentioned above, sometimes stimulates enough contractions so that you don't need oxytocin.
  • Using a Foley catheter. Instead of using medication to ripen your cervix, your practitioner may insert a catheter with a very small uninflated balloon at the end into your cervix. When the balloon is inflated with water, it puts pressure on your cervix, stimulating the release of prostaglandins, which cause the cervix to open and soften. When your cervix begins to dilate, the balloon falls out and the catheter is removed.
  • Stripping or sweeping the membranes. If your cervix is already somewhat dilated and there's no urgent reason to induce, your practitioner can insert her finger through the cervix and manually separate your amniotic sac from the lower part of your uterus. This causes the release of prostaglandins, which may help further ripen your cervix and possibly get contractions going.

    In most cases, this procedure is done during an office visit. You're then sent home to wait for labor to start, usually within the next few days. Many moms-to-be find this procedure uncomfortable or even painful, although the discomfort is short-lived.
  • Rupturing the membranes. If you're at least a few centimeters dilated, your practitioner can insert a small, plastic hooked instrument through the cervix to break your amniotic sac. This procedure (called amniotomy) causes no more discomfort than a vaginal exam.

    If your cervix is very ripe and ready for labor, there's a small chance that rupturing the membranes alone will be enough to get your contractions going. If that doesn't happen, your practitioner will give you oxytocin through an IV.

    Once your water has broken, most practitioners will want you to deliver within 12 to 24 hours because the risk of infection for you and your baby increases over time.
  • Using oxytocin (Pitocin). Your practitioner may give you oxytocin through an IV pump to start or augment your contractions. She can adjust the amount you need according to how your labor progresses.

ohkeh la rakan2.. doakan ahkak selamat.. bye..






0 comments:

baby oh baby...

9:50 AM Hafezahzainudin Z 0 Comments

salam readers,

ahkak masih bersiaran lg... menunggu masa nk meletup sajer nih... penantian itu satu penyeksaan... tp bak kata rio febian dlm lagu ceritera cinta "penantianku hanya ruang waktu, tiba masa kan terbukti cintaku".. masalahnya ia hanya terpakai dlm masalah cinta ya murid2.. klu dlm pregnancy nih, lebih dr tarikh due kena belah la jawabnyer... iteww ahkak x mau yer...

ni ahkak nk criter... tiap2 hari dok menghitung bila la nk start contraction ke, pecah air ketuban ke, tanda darah ke.. tp sehingga ke hari ini ahkak masih belum melihat tanda2 iteww lagi.. mungkinkah baby seronok dok dlm perut sbb dpt makan yg best2?? hanya baby yg dpt menjawab soklan iteww...

maka hari ni ahkak tepek pic baby di blog supaya baby ni cepat sket keluar... motif ambik pic anak mat salleh (apa anak org melayu dh x cute ke??) supaya yg kuar ni pun kulit putih mulus mcm abang dia.. tapi klu dia nk ikut mcm kulit kakak dia pun ahkak x kisah... nanti bile dh besar kita mandi susu bagi cerah sket kulit tu nanti...














ok la rakan2.. doakan saya cepat bersalin.. saya dh x larat nk mengendong baby ni lagi.. ia dh semakin besar & berat... tendangannya pun x kurang hebat... sakit pinggang makin menjadi2... oleh iteww, mengambil keberkatan hari gaji iaitu hari ini bersamaa 24 mei 2011, ibu merayu pd baby, kuar la cepat2 sebelum gaji bulan ni abih... sekian...



0 comments:

labor contractions...

4:27 PM Hafezahzainudin Z 0 Comments

note: gambar adalah ihsan google..

salam readers,

ahkak masih bersiaran lg hari nih.. meaning that ahkak masih belum bersalin lg.. wah!! sudah masuk mingguu ke-39 tapi baby still refuse utk jumpa ibu & abah dia... actually, ahkak dh merasa sikit2 labor contractions... tp after beberapa jam kemudian, ia senyap ajork.. maksudnya false alarm la tuh.. sudah banyak kali ahkak tertipu kali ini.. ingatkan nk beranak, rupanya baby dok main2 la plak...

apa iteww labor contractions? ia adalah rasa sakit yg konsisten (perut mengeras) mcm rasa cramp giteww.. kira otot tengah kerja la tu utk buka jalan... mula2 x berapa sakit... tp bila dh buka 7-8cm, Allah ajer yg tau sakitnya... tp lagi sakit klu anda diberi ubat (induce) utk buka lbh cepat...







selalunya, apa yg akak buat adalah mencatat berapa minit utk sekali contraction... contoh start pukul 12.00pm... next contraction 12.30pm.. next 1.00pm.. meaning lambat lg la tu nk beranaknya.. mungkin baru bukak 1 cm.. ahkak hanya x tahan bila contraction tu berlaku every 5 minit... masa tu terus ajak hubby gi hosp... biasanya tahap ni dh bukak 5 cm...






so utk kali ni, contraction yg kerap & sakit masih belum berlaku... ahkak tunggu je la sama ada turun air, darah atau contraction... harap2 jgn melepasi tarikh due sudehh...






0 comments:

ahkak nak makan dot dot dot sebelum beranak...

11:55 AM Hafezahzainudin Z 0 Comments

salam readers,

ileks.. ahkak belum beranak lg even dh sampai waktu2 kecemasan... baby belum puas agaknya dok dlm perut nih.. memandangkan dia masih lagi degil utk keluar, maka ahkak ader beberapa hajat yg dh tercapai tp nk capai lagi... boleh giteww?? sebelum beranak ni, ahkak teringin nak makan benda2 utk ke sekian kalinya... x kira la sama ada sebelum ni dh makan/minum ke belum.. kira ni hajat sblm masuk labour room... acececceeh... mcm teruk bebenor mengidamnya...

hajat yg pertama... nk minum ice blenden chocolate kenny rogers... perghhh!!! sedap gilos air dia... terasa meleleh air liur kt mulut nih... tengok gambar je pun dh x keruan...






hajat yg kedua ialah menikmati sundae cup chocolate mcdonald... ni memang feberet... cuma sblm saya masuk labour room, izinkan saya menikmati aiskerim ni... klu x, terpaksa lah saya tunggu 44 hr lepas beranak utk menikmatinya...






hajat ketiga...... DURIAN!!! even minggu lepas dh pulun berbakul2 durian, namun hati saya masih x puas hati... saya nk makan lg durian... nak lagi... yg dh makan tu rasa macam x cukup lagi....







hajat keempat adalah cheeze choc secret recipe... harus ahkak beli sebijik kek utk dinikmati seiisi keluarga... boleh makan hari2 kan.. bestnyer...







hajat kelima... chocolate moist cake yg sedap... ahkak dh try byk chocolate moist... tp belum memenuhi citarasa... CMC yg paling sedap ahkak pernah makan adalah yg Mak Arab bawak masa ahkak wat housewarming party di Seri Kembangan... kek dia dgn cukup coklat & kelembapan... last2 tuan rumah yg makan hampir sebijik kek... tetamu lain nganga... hahahhaha...







last but not least ialah buah pauh/mempelam/mangga... ni pun feberet... tp klu x dpt rasa, x terkilan sgt... cuma sukakan manis2 buah dia ajer... silap2 pasni ahkak beli pasar borong buah durian & mangga...







ok la rakan2... w/pun jalan dh x berapa nk larat... klu tgk dr belakang tu cam pingu gi kerja, namun ahkak tetap xkn amik cuti sebelum bersalin... sayang woo cuti rehat... boleh kumpul utk cuti raya... hihihi... apa2 pun, sila lah doakan ahkak cepat & selamat bersalin... ate dh x larat nk angkut baby ke sana ke mari... oleh iteww, mari la kita bersenam... motif??? baby cepat kuar ke??? entah lah labu... eh, labu... labu pun sodap... masuk lah dlm wishlist sblm beranak... jemput labu... atau koci labu... atau kuih bakar labu...


0 comments:

persediaan semasa pantang...

10:08 AM Hafezahzainudin Z 0 Comments

salam readers,

hari ni ahkak nk berkongsi persediaan yg telah dilakukan utk menjalani proses pemantangan diri di rumah.. persediaan tersebut termasuklah ubat-ubatan, bengkung bersalin, minyak-minyak, dll.. kita mula sekarang...

ahkak sejak anak pertama lagi telah mengamalkan pengambilan Salindah complete set semasa mengandung hingga berpantang.. salindah ini berasaskan homopati & sesuai utk diambil oleh sesiapa shj.. set lepas pantang mengandungi ubat sapu di tempat jahit, pil2, & cecair ubat yang mengandungi fungsinya tersendiri.. klu nk tahu lebih lanjut psl produk ni, sila search sendiri di internet.. alhamdulillah, anak2 memang aktif & kadang2 penat nk melayan keletah mereka..






seterusnya set bersalin nona roguy.. yg ni pun ahkak ambil jugak masa pantang.. cumanya set ini adalah set tradisional yg dilengkapi dgn herba2, pencuci, minyak & serbuk lulur.. keterangan lanjut sila layari sendiri web yg berkaitan.. tp memang best klu makan nona roguy.. tubuh jd segar ajer...





tidak dilupakan, pengambilan ikan haruan... cumanya ahkak ni malas nk makan haruan.. ahkak minum pati dia ajer.. confirm 5 saat teguk dh selesai... utk set pati ikan haruan, ahkak ambil yg original tanpa campuran tongkat ali atau ginseng.. ini kerana menurut petugas di farmasi, klu beli yg campur dgn herba, dikhuatiri bayi akan kuning jika diberi breastfeeding.. pati ni diambil 1 botol sehari.. maka ahkak dh beli 2 kotak iaitu dlm 12 botol.. klu rasa badan x segar lagi, nanti ahkak tambah dosnya.... maklumlah, umur pun dh meningkat...





ini salah satu produk yg ahkak tidak akan lupakan sekiranya berpantang... makan masa pantang ajer... gamogen ni spt yg semua tau, ia berasaskan gamat.. baik utk luka dalaman.. kebetulan hari tu di guardian ader jual 2 gamogen free 1 maduka... maka ahkak ambik yg tu la.. kira klu abih 2 botol gamogen tu, x yah la nk beli lagi... ekekekek... ye la.. harganya bulih tahan kan...







seterusnya bengkung bersalin... sebelum ni memang ahkak dh ader 2 bengkung bersalin... tp masa berpantang anak no 2 di johor, ahkak bawak bengkung2 tuh.. lupa la plak nk bwk balik bengkung ke kelantan... maka beli lah yg baru... kali ni ahkak beli 2 bengkung jenama biodex... kenapa biodex?? harganya murah deq nun... baru RM38 satu bengkung... lagipun bukannya nk pakai lama kan.. klu beli yg mahal, takut membazir plak...







ha... yg bawah ni wajib ader... ni dh x tau ke mana menghilang tungku nih.. cari kat umah xde pun... maka ujung minggu ni kena balik kedah carik tungku... ader sesetengah negeri guna tungku batu sungai... ader plak yg guna tungku besi... ikut korang la nk guna tungku mana satu.. ader plak yg suggest ahkak beli yg bekas getah isi air panas (ala..yg empat segi tuh...yg letak kt perut bila sakit perut tuh)... tp, apa2 pun boleh.. ikut keselesaan masing2...






selalu bila bersalin, mak ahkak akan rebus manjakani utk buat air basuhan supaya jahitan cepat elok dh luka cepat sembuh... pastu mandi air daun.. daun pun kitorang kena ambik kt kedah sbb mak mertua akak nnt datang naik bas sorang2.. so payah la dia nk angkut barang2 tu semua... mak ahkak pulak x berapa nmpk sgt matanya.. skrg ni kena pimpin klu nk gi jalan mana2... jd dia memang x boleh nk bantu... dia pun kemungkinan x datang sbb nak naik ketapi pun payah... dh x nmpk katanya... maka pantang kali ni ahkak harap ke mak mertua la.. klu dia nk balik awal, xkn kita nk sekat kot... tengok je lah mcm mana nanti..

mak mertua pun kata nk datang bila kita dh rasa sakit2 nk bersalin... nmpaknya merasalah widad & abeed masuk dlm labour room tengok adik baru kuar... nk wat mcm mana... dh xde org nk jaga diorang...

ok..itu je la coretan ahkak kali ni... tata...



0 comments:

hapdet aper ek??

3:49 PM Hafezahzainudin Z 2 Comments

salam readers,

dh lama x update blog ni... bukan apa, x tau nk update apa.. cumanya skrg ni cuaca amat panas... gila panas.. maka sbb kesiankan anak yg bila tido, sempat lg dia bangun bukak baju tinggal pampers aje, maka kami laki bini pun decide pasang air-cond.. tu dia.. dh berzaman hidup, baru nk pasang air-cond katanya.. umah staff ahkak dh lama pasang air-cond.. bos dia je yg ketinggalan... konon sbb mr hubby x boleh tido dlm air-cond.. krem katanya.. tapi bila dh panas, mr hubby pun dh x pikir panjang..

kami survey air-cond di 2 buah kedai... last2 mr hubby terpengaruh dgn kata2 SA di kedai Kemudi Timur yg mempromote air-cond mitsubishi.. jika dilihat, harga mitsubishi mahal sket dr jenama lain.. tp kata SA, brand ni tahan lasak.. pastu boleh servis sendiri.. maka terbanglah sejumlah wang pd waktu iteww..

keesokan harinya kontraktor pun datang pasang air-cond.. kami memilih mitsubishi i see mr slim yg ader sensor.. dlm 2 jam pemasangan, segalanya selesai.. malam tu tido la kami satu keluarga dalam keadaan yg nyaman.. inilah ruper sensor iteww.. dikatakan boleh detect heat.. klu belah kiri panas, maka air-cond gi belah kiri lama sket...








sedikit hapdet psl diri ahkak.. minggu ni masuk minggu ke-37.. tunggu masa je nih.. even due ujung bulan 3, namun kebiasaannya akak beranak awal 2 minggu dr tarikh yg ditetapkan.. maka ahkak jangka dlm minggu depan kot beranak.. skrg ni jalan pun dh slow.. kaki sakit sbb tido dlm air-cond kot.. urat jd kejang sket... baby dlm posisi yg normal.. insyaallah boleh beranak normal.. cuma masa scan doc kata baby mcm kecik.. macam aje kan.. tp bila keluar, masing2 berat 3++kg...



ok la.. nnt klu ahkak dh beranak, ahkak hapdet lg ye.. skrg ni mcm x tau nk tulis aper.. bye..


2 comments: