salah sebiji buah epal di mataku

3:27 PM Hafezahzainudin Z 1 Comments

salam readers..

hari ni xde aper nk cerita.. cuma ahkak baru lepas baca blog kawan ahkak yg baru shj kehilangan anak saudara akibat terjatuh.. sedih rasa membayangkan ayahnya terpaksa membuat keputusan utk menhentikan bantuan alat pernafasan.. kitika itu, teringat ahkak pd diri ahkak sendiri.. walau pun tidak melibatkan sebarang kejadian kehilangan seseorg, namun hampir2 kehilangan seseorg juga membuatkan hati wanita tersentuh bila baca kisah2 sebegini.. seseorg itu bukan lah org yg jauh.. anak ahkak sendiri, abeed.. mana2 yg pernah baca blog ahkak sebelum ini, pasti ada terbaca kisah abeed.. cuma kt sini ahkak ingat nk coretkan kisahnya sebagai kenangan yg pasti tidak dapat dilupakan..

abeed firhad lahir pd tanggal 16 mac 2009 iaitu dua hari sebelum birthday kakaknya yg jatuh pd 18 mac.. lahir dgn berat 3.4kg, putih gebu di an-nisa’ kota bharu.. memang comel..

selepas gugur tali pusat, maka acara cukur dilakukan sbg tuntutan dalam Islam..

cukup 2 minggu berpantang di kelantan, maka ahkak pun balik sambung di johor.. di sana tiada perkara yg merunsingkan yg berlaku pd mulanya.. namun kunjungan nurse yg dilakukan secara berlaku mengesan kenaikan suhu badan yg tidak ketara serta najisnya bercampur sedikit warna hijau.. memandangkan abeed baru berusia tidak sampai satu bulan, kes ini dirujuk ke doktor di klinik kesihatan labis.. oleh kerana doktor tidak mahu tanggung sebarang risiko, maka dia merujuk pula perkara ini ke hospital segamat..

ketika itu, abeed baru mencech usia 20 hari.. maka kami bermalam di wad menemani abeed.. doktor pula tidak mahu memberikan sebarang ubat memandangkan keputusan lab belum diperolehi.. cuma pd masa itu doktor mengesyaki sama ada terdapat jangkitan ataupun lactose intolerant.. dimaklumkan bhw keputusan lab hanya boleh diperolehi seawalnya pd hari ke 4..

masuk hari kedua di hospital, doktor cuma memantau suhu & kekerapan poo poo nyer shj.. namun, bermula tengahari, abeed mula muntah & berak2 cair every setengah jam.. berat badannya mula menyusut.. wajahnya mula cengkung.. akhirnya saya & mak berbisik sesama sendiri.. kenapa kami bawa abeed ke sini?? sedangkan dr awal lagi kami boleh bawa abeed ke hospital swasta.. satu kesilapan yg x disengajakan oleh kami akibat cuak bila doktor klinik kesihatan kata kena masuk wad.. x terlintas langsung nk bawa abeed jumpa pakar di private hospital..

inilah wajah comel yg bertukar cengkung akibat kehilanga air yg banyak dlm tubuh.. abeed yg biasa aktif kelihatan tidak bermaya sama sekali hinggakan dia enggan untuk menyusu sejak petang hari kedua dlm wad..

masuk hari ketiga di hosp, semasa lawatan doktor, kami suarakan hasrat kami untuk memindahkan abeed ke hosp swasta.. doktor setuju dgn cadangan kami namun menurut beliau, discaj mungkin akan ambil masa & beliau juga turut membantu kami mengatur ambulan untuk mengambil & menghantar abeed ke hosp.. cadangan kami adalah utk ke hosp pantai melaka..

melihat keadaan abeed yg lemah, doktor cadangkan agar abeed diberi rawatan rapi.. maka kami terpisah sebentar.. kami di wad & abeed di icu kanak2 sementara menunggu proses discaj dsb..

utk pengetahuan semua, hosp kerajaan x provide ambulan dr hosp kerajaan ke hosp swasta.. maka org ramai perlu menggunakan ambulan swasta.. dlm kes ahkak ini, ambulan swasta di segawat tidak dpt provide doktor utk menemani pesakit sepanjang perjalanan.. ini adalah wajib apabila patient adalah bayi.. jadi, doktor segamat tolang arrange ambulan dr hosp pantai melaka untuk ambil kami di hosp segamat & menghantar ke hosp pantai melaka…

sewaktu nk ambik abeed drp icu, misi di icu memaklumkan bhw terdapat cecair bewarna merah keluar dr mulut abeed.. jd misi tu suspect cairan bewarna merah itu adalah darah.. misi tanya jugak kalau2 sewaktu abeed brestfeed, nipple crack ke.. maka ahkak kata x mungkin la sbb breast feed (sbb x BF pun).. maka saya makin cuak..

sepanjang dlm ambulan, ahkak dok sebelah drebar, misi & doktor dok kt blkg pantau abeed.. abeed x merengek pun.. tidur je.. sekejap2 bunyi jugak la.. lepas misi topok2, dia tidur balik.. perjalanan segamat ke air keroh sejam setengah..

oleh kerana kami x biasa pun dgn doktor di sini, maka mak nine suggest ambik dr athi sbb uyah dulu jumpa doktor ni & doktor ni bagus & sgt teliti.. sampai je kt pantai hosp, terus ambik darah, urin & poo poo test.. pastu arrange bilik.. tp sbb baby pun tecik comel lg, maka dia diletakkan dlm kubik.. dia sorang2 dia je kt situ.. masuk dlm kubik tu, terus kena ambik xray chest..

lebih kurang cenggini lah alat dia.. pastu mcm2 wayar & tiub ader.. masuk ikut mulut, idung.. yg tepek2 kt dada tuh.. mcm2.. dia duduk dlm warmer masa tuh..

masa tu sebak hati tengok wayar berselirah.. dh la kecik je abeed masa tuh.. menangis x berenti.. pastu doktor bilang abeed ader jangkitan dlm darah.. so jangkitan ni dh merebak ke seluruh organ.. buah pinggang, paru-paru, sedikit dh masuk otak, penghadaman.. all!!! dia kata condition dh teruk.. mula ahkak x paham.. pastu ahkak diterangkan lg oleh sister bertugas.. sister kata teruk tu meaning critical 50-50.. luruh jantung ahkak masa tuh.. pastu sister kata doktor bg dos ubat yg paling maksimum & bg ubat tidur sbb abeed x berenti menangis.. oleh kerana ahkak x boleh tunggu kt situ, maka sister cadangkan ahkak balik berehat memandangkan tempoh pantang pun belum abih lagi..

itu abeed dlm warmer dia.. masa ni dia tidur..

ni pic hari kedua di pantai hosp… tiub mulut dh dicabut.. mula drip set buat kt kaki, pastu next day kena buat kt kepala sbb kaki dia tendang2 drip.. nk buat kt tangan, urat kecik sgt..

ini pics hari kelima… mata pun dh buka besar.. susu dh minum ikut mulut… keadaan bertambah baik.. doktor sgt puas hati dgn perkembangan abeed.. lega hati ibu masa ini.. air pun dh stop.. cuma ubat je ikut kepala.. dh boleh nk angkat abeed..

hari keenam tiub idung dh cabut.. masa ni badan dia dh start naik balik.. pipi dh kembung.. mata dh x cengkun.. muka berseri2..

hari ketujuh dh x payah letak bwh warmer.. hanya pakai katil mobile baby yg biasa sajer.. baru ku tahu sewa baby warmer itu sehari adalah RM200++ kalau x silap..

ni hari kelapan.. masih x boleh discaj lg sbb ada fungus dlm mulut.. ala2 yg putih2 dlm mulut budak2 tuh.. tapi semua alat dh cabut.. ni utk pemerhatian shj.. keesokan harinya dh boleh balik… masa ni bermulalah episod minum susu soya..

inilah kali pertama abeed masuk hosp… nanti kan cerita kali kedua masuk hosp iaitu kira2 usianya 3 bulan.. suspect meningitis, kena buat city scan & kena sawan…

lihatlah dia sekarang..

hafezahzainudin

You Might Also Like

1 comment: