blog tutorial,
3. Klik 'Backup/Restore'
4. Klik 'Download full template' untuk menyimpan fail .xml (template) yang lama (Optional. Nak save pun ok, tak save pun takpe). Kemudian klik 'Choose File'.
5. Pilih fail .xml yang anda telah muat turun sebentar tadi. Di sebelah 'Choose File' anda dapat melihat fail yang telah anda pilih. Kemudian klik 'Upload'.
6. Template baru anda sudah berjaya dipasang. Lihat gambar pertama dan kedua.
Blog Tutorial - Menukar Template Blog
Kadangkala melihat template blog sama, membuatkan kita merasa tidak bersemangat untuk menulis dan mengemaskini blog. Maka, tidak hairanlah jika ramai antara kita di luar sana mempunyai blog, tetapi jarang mengemaskini blog masing-masing. Cikjah juga merasa perkara yang sama. Dengan melihat template yang sama, secara tidak langsung, muncul perasaan bosan di hati yang membawa kepada penyakit malas mengemaskini blog. Bilakah kali terakhir anda mengemaskini blog? Semalam? Minggu lepas? Bulan lepas? Atau tahun lepas? Ataupun beberapa tahun yang lepas? Oh, tidak. Anda memerlukan motivasi diri untuk terus menulis di blog masing-masing.
Terdapat banyak template yang menarik pada masa kini. Untuk makluman, Cikjah lebih tertarik dengan template yang mempunyai slideshow seperti yang anda dapat lihat sekarang. Antara template yang popular berbentuk seperti majalah/magazine, photography album, shopping template, portfolio, corporate business dan sebagainya. Anda juga boleh membuat pilihan warna dan jumlah column yang diingini. Google saja 'blog template'. Pasti beratus keputusan carian dapat diperolehi.
Di sini Cikjah akan mengajar cara-cara untuk menukar template blog:
1. Pilih template yang diingin dan muat turun file template berkenaan. Format file adalah .xml. Simpan fail tersebut di tempat yang mudah dijumpai seperti di Desktop atau My Document. Anda dinasihatkan jangan menyimpan di sub-folder kerana akan menyukarkan carian fail yang telah dimuat turun.
2. Daftar masuk ke blog anda dan pilih 'Template'
3. Klik 'Backup/Restore'
4. Klik 'Download full template' untuk menyimpan fail .xml (template) yang lama (Optional. Nak save pun ok, tak save pun takpe). Kemudian klik 'Choose File'.
5. Pilih fail .xml yang anda telah muat turun sebentar tadi. Di sebelah 'Choose File' anda dapat melihat fail yang telah anda pilih. Kemudian klik 'Upload'.
6. Template baru anda sudah berjaya dipasang. Lihat gambar pertama dan kedua.
Template lama
Template baru
Selamat mencuba.
0 comments: