Showing posts with label raya. Show all posts

From Pasir Mas to Southampton - Rumah Sewa


Keesokan harinya, suami dibawa oleh saudara Faizul dan saudara Fuad untuk melihat rumah daripada luar. Sebenarnya, saudara Faizul telah viewed rumah tersebut dan mencadangkan agar kami menyewa di situ kerana rumahnya yang agak selesa bagi kami anak-beranak. Maklumlah, pada masa tersebut terdapat 3 dewasa dan 4 kanak-kanak. Maka rumah yang luas dan selesa menjadi keperluan dan keutamaan. Kami tiada bantahan atas pemilihan AJK Soton kerana kami percaya kepada pengalaman dan kebolehan mereka dalam mencari penginapan untuk pelajar Malaysia.

Hari ketiga, kami pergi ke pejabat ajen hartanah dan memaklumkan persetujuaan kami untuk menyewa rumah berkenaan yang beralamat di 1, Brighstone Close, Bassett Green, SO16 3EJ, Southampton. Kami membayar GBP3,000 sebagai deposit, sewa bulanan pertama dan lain-lain caj seperti menghentikan View Property oleh orang lain. Kami cuba mendapatkan tarikh lebih awal untuk memasuki rumah berkenaan. Malangnya, rumah tersebut hanya boleh diduduki selepas 26 September 2013. Maka, terpaksalah kami menumpang dengan lebih lama di rumah saudara Imran.

Sepanjang kami menumpang, warga Soton tidak putus-putus memberi makanan, menjemput makan ke rumah dan menghadiahkan pakaian untuk musim sejuk. Saudara Anas dan pasangannya, Aishah, membawa kami membeli keperluan di Asda, Eastleigh seperti bantal, duvet, stok makanan, minuman dan keperluan rumah yang lain. Aishah ketika itu menunggu hari untuk melahirkan anak pertamanya. Ada ketikanya suami diajak oleh warga di sini untuk membeli barang-barang rumah (tong sampah, pinggan mangkuk, cerek, bahan-bahan pencuci dan pelbagai lagi. Ala, macam masuk rumah baru kekdahnya.). Kebetulan ketika kami tiba di UK, daun-daun mula bertukar warna dan menunjukkan bahawa musim luruh akan bermula.

Kemudian kami mendapat berita bahawa saudara Imran akan kembali ke UK pada 25 September 2013. Jadi, kami terpaksa berpindah ke rumah saudara Saiful dan pasangan, Ina di no. 10, Iris Road. kami bermalam semalaman di sana. Ina merupakan pelajar PhD tajaan JPA (sama macam Cikjah la. Dapat HLP) dan merupakan Pegawai Teknologi Maklumat. 

Akhirnya, pada tengahari 26 September 2013, kami mengambil kunci di pejabat ajen tersebut dan berjaya mendapat rumah sewa sendiri. Kami amat teruja melihat rekabentuk rumah Mat Salleh yang fully carpeted, ada pemanas, bath tub dan toilet yang berbunga-bunga seperti Victorian style, dapur yang luas dan stor yang banyak. Anak-anak memang seronok dapat mandi hari-hari dalam bath tub.













Maka, bermulalah langkah pertama Cikjah sebagai pelajar. Pengalaman naik turun bas ketika musim sejuk (pada waktu itu, kami tiada kenderaan lagi) ketika sarat mengandung. Pernah sekali bas rosak dan ketika itu pukul 6 petang (6 petang dah Isyak. Kalau di Malaysia, ketika ini serupa macam pukul 8-9 malam). Maka terpaksa tunggu bas lain. Pernah sekali tunggu bas, tapi bas tak sampai-sampai. Maka ponteng kelas la jawabnya. Tahun 2013, kami sekeluarga bersama ibuku yang ku sayangi, menyambut Raya Haji di bumi Southampton. Alhamdulillah.















Jadi, kepada mana-mana pelajar yang akan keluar negara, anda boleh hubungi persatuan pelajar Malaysia di university masing-masing. Merekalah yang banyak membantu dari segi mencari penginapan dan khidmat nasihat. Jangan malu untuk bertanya. Malu bertanya, sesat jalan. Sesat di Malaysia ok lagi sebab banyak restoran halal. Di negara orang lain dik non. Asyik-asyik kena belek label cari 'Suitable for vegetarian'.




Salam aidilfitri

assalamualaikum pembaca sekelian,

masih belum terlambat untuk ahkak jah mengucapkan salam aidilfitri kepada semua.. dah ler bulan ramadhan x dan nk ucap apa2.. x sempat deq non.. bizi bebenor...


jangan ditanya pasal gambar raya.. tahun ni punya la kelam kabut... kamera tertinggal kt kelantan... maka disahkan bahawa ini lah raya paling sempoi sekali... xde ambik2 gambar pelbagai... namun demikian... jeng jeng jeng... gigih yer kami satu keluarga besar beratur tunggu giliran ambil gambar whole family kt kedai gambar... tapi gambarnyer x ambik lagi..ada lg kt kedai...

adapun kesibukan yg melanda ini berpunca daripada persiapan untuk menyambung pelajaran... terkejar2 nk buat tb test di penang pd hari raya ke 5... sampai penang doktor kata x boleh buat pulak sbb peknen below 5 bulan... nasihat dia suruh tunggu hingga kandungan mencecah 5 bulan which is after 9/9/13... mula2 ahkak jah ko ni rileks ajer...

pastu one week lepas start keja mula la otak ni mula berfikir.. ku sudah apply visa online pada 4/8/13.. application yg dh lengkap diisi online kena submit within 30 days... maka kegelabahan berlaku lagi di situ kerana kandungan belum mencecah 5 bulan, x leh buat tb test.. otak mula ligat cari solusi...

so ahkak decided to call life care, one of UKBA panel hosp for tb test, di bangsar.. explain about my pregnancy etc.. alhamdulillah kt life care x perlu buat appoinment pun... so on 20/8/13 ahkak jah ambik flight kul 8.00am..smpai life care around 10.45am.. org ramai giler.. siap jam 2.30pm..

then gi putrajaya utk submit agreement kt jpa.. sampai sana terus jpa bg surat tawaran tetap... urusan selesai jam 4.10 petang... tggu member abih miting... kul 5 gi putrajaya central... member hantar... gi lcct.. & naik flight kul 7.40pm... esoknya masuk kerja spt biasa...

masuk opis je terus bukak website vfs utk booking appointment submit visa... ahkak pilih tarikh 30/8/13.. maka g wat visa pd hari jumaat ni.. harap2 semua ok...

sungguh mencabar jugak proses ke luar negara ini..harap dipermudahkan-Nya.. amin...