Showing posts with label journey. Show all posts

From Pasir Mas to Southampton - Bournemouth Beach


Menikmati keindahan pantai, sudah tidak asing bagi warga UK terutamanya ketika musim panas. Pantai menjadi destinasi utama kepada warga di sini kerana ketika inilah suhu air laut tidak terlalu sejuk. Tambahan pula, cuti sekolah amat panjang iaitu kira-kira sebulan setengah ketika musim panas. Peluang inilah yang dinanti-nanti oleh anak-anak untuk berkelah dan bermain-main di pantai. Di Southampton, lokasi pantai yang terdekat adalah di Bournemouth. Pantai Bournemouth terletak tidak jauh dari Southampton. Perjalanan ke sana hanya mengambil masa antara 30-40 minit sahaja dengan menaiki kereta. Pantai Bournemouth yang panjangnya tujuh batu sudah tentu membuat pengunjung rasa teruja.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh diterokai di sini. Antaranya adalah sukan air seperti belayar,berkayak, surfing, jet-skiing, menaiki cruise dan pelbagai lagi. Tidak hanya mewah dengan aktiviti sukan air, pantai ini turut dilengkapi dengan restaurant/cafe (tidak dijamin halal). Terdapat juga pengunjung yang membawa peralatan barbeque sendiri dan menikmati keenakan barbeque bersama kenalan dan keluarga.

Cikjah dan keluarga berkesempatan mengunjungi pantai ini minggu lepas. Anak-anak sangat gembira apabila mengetahui bahawa mereka akan berpeluang bermain dan mandi di pantai. Di sini, kami perlu membayar parking mengikut perkiraan jam. Tiket pembayaran harus dipamer di cermin hadapan bagi mengelakkan disaman. Untuk makluman, saman di sini agak mahal. Apatah lagi sekiranya ditukar ke dalam nilai Ringgit Malaysia. 

Pengalaman pertama merasa air laut di UK adalah SANGAT SEJUK. Bayangkan anda menjejakkan kaki ke dalam air perigi di waktu pagi. Begitulah rasa air laut di UK ketika ini. Mungkin apabila musim sejuk, suhu airnya lebih tinggi berbanding sekarang (sekarang musim luruh). Walaupun airnya sejuk, anak-anak tetap berenang-renang dalam laut terutama Widad yang memang terkenal dengan kegemarannya bermain air. Anak-anak yang lain cepat sahaja naik ke pantai apabila kesejukan mula menggigit badan masing-masing.































From Pasir Mas to Southampton - Arrival


Perjalanan dari KLIA ke Heathrow, London memakan masa lebih 12 jam. Kami enam beranak bersama ibuku menaiki pesawat MH2 dengan dipisahkan antara business class dan economy class. Sepanjang penerbangan, anak-anak yang sudah mengenal erti apa itu kapal terbang, menaiki pesawat, dan mengunjungi negara sejuk; amat dinanti-nantikan mereka malahan keterujaan itu lebih terserlah ketika mendapat layanan yang mesra daripada kakitangan MAS. Bagi anak-anak yang lebih kecil, mereka lebih selesa mengikut rutin harian iaitu tidur. Mujur tiada insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan kami ke UK.





























Kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan (UK), pesawat MH2 selamat mendarat. Sampai di Terminal 4, Heathrow, kami melepasi laluan imigresen dengan sedikit ujian. Ibuku yang akan mememani kami sekeluarga sehingga 6 bulan dihujani persoalan demi persoalan daripada pihak imigresen. Kenapa perlu tinggal lama di UK, sudahkah dibeli tiket untuk kembali ke Malaysia, adakah ibuku mempunyai apa-apa perlindungan insurans; adalah antara soalan yang perlu dihadapi. Ibu tidak henti-henti membaca doa supaya dipermudahkan urusan di kaunter imigresen. Syukur kepada Allah, akhirnya kami dibenarkan masuk ke UK bersama ibuku.

Keadaan menjadi bingung seketika ketika kami hendak mendapatkan perkhidmatan teksi atau menyewa kereta. Oleh kerana waktu masih awal, maka kaunter perkhidmatan kereta sewa masih belum dibuka. Dalam masa yang sama, kami dapati caj teksi daripada London ke Southampton GBP200. Amat mahal sekali. Setelah menghubungi AJK Keluarga Malaysia Soton, kami dinasihatkan untuk menaiki bas. Tiket bas bagi 3 dewasa dan 4 kanak-kanak termasuk bayi GBP80++ (tidak ingat jumlah sebenar). Ketika itu, badan kami amat letih sekali kerana mengusung beg-beg dan kotak-kotak yang berat. Anak-anak pun telah mula menunjukkan kelesuan mereka dengan menunjukkan protes, merajuk dan sebagainya. Layan je la.







Kami menaiki bas pukul 10 pagi dan tiba di bumi Southampton lebih kurang 1.30 tengahari. Sekali lagi, daripada Terminal Bas Southampton, kami menaiki 2 buah teksi ke Broadlands Road dengan jumlah tambang GBP18. Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang kuat Keluarga Soton seperti saudara Afeef, saudara Anas, saudara Fuad, saudara Faizul dan lain-lain. Di sini, kami menetap di rumah saudara Imran Mustaffa yang ketika itu pulang ke Malaysia bagi urusan perkahwinannya. 

Selesai sahaja memunggah barang ke rumah saudara Imran, kami dijemput oleh saudara Anas dan pasangannya, Aishah untuk menikmati juadah tengahari. Kebetulan, memang kami amat lapar selepas seharian tidak menjamah makanan berat. Apatah lagi pada waktu itu Cikjah sedang mengandung 6 bulan. Kami dijamu dengan hidangan ayam masak lemak kuning, sayur campur dan yang penting sekali ada hot chocolate. Memang sedap dan lazat dapat menikmati minuman panas ketika cuaca dingin.




Petang itu, kami sekeluarga tidur sampai pengsan. Kroh, kroh, kroh.




postgraduate programme



Salam pembaca kesayangan.. hari ni ahkak jah nk bercerita sedikit sebanyak mengenai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ini... bg yg x berapa familiar, HLP ini merupakan biasiswa kpd penjawat awam bg melanjutkan pelajaran di peringkat master & PhD.. antara keistimewaan pemegang biasiswa ini adalah cuti bergaji penuh beserta elaun2 mengikut tempat belajar masing2...

alhamdulillah ahkak jah telah dianugerahkan HLP bg pengajian tahun 2013 di luar negara... fyi, surat tawaran JPA hanya menyatakan bhw 'anda berjaya HLP dlm bidang bla bla bla luar negara/dalam negara'... maka sesiapa yg dpt luar negara tu, ikut korang la nk apply di negara apa asalkan university yg korang pohon tu memenuhi kriteria JPA...

oleh kerana ahkak memohon untuk sambung dlm bidang social policy, maka antara university dalam senarai JPA adalah University University of Kent, University of Bath, University of Southampton, Oxford University, University College of London etc... maka setelah ditimbang2, ahkak apply university of southampton atau lebih glemer lg dikenali sbg soton..







university ni ada 3 campus ke 4 campus ntah..tapi quite near to each other.. agaknyer ler.. hahahha... tengok kt gugel mep, mcm dekat je campus dia...

in general, southampton ni kire dlm negeri Hampshire... kedudukannya di selatan UK.. kalau dr sini nk g London, dlm 1.30 jam naik tren..pastu dia dekat dgn Portsmouth... yg lain2 tu, adik manes boleh gugel sendiri.. pastu ahkak boleh la buat kesimpulan, soton ni kalau kt malaysia ni mcm setaraf dgn shah alam la.. sewa rumah mahal babe kat sana...

i'm actually dh terima offer dr univ... now tunggu CAS utk buat visa.. for those yg study in UK, derang kena provide Tuberculosis test report utk visa... & visa kalau x silap dlm RM1500 seorg...

kalau kita gugel2, banyak jugak tempat yg menarik di soton ni..kalau korang nk tahu, RMS Titanic (alaa.. kapal titanic yg tenggelam tu) bermula pelayaran drp Port of Souhtampton pd 10 April 1912 dengan jumlah penumpang dan krew 2,200 orang...

sini ada WestQuay shopping mall.. antara brand yg ada levi's, bodyshop, zara, miss selfrigde, pandora, aldo, apple store, gap, h&m etc... pastu ader bargate centre, east street shopping centre, marlands centre dll... yeay!! x sabar nk explore shopping complex kt sana... muahahhahah...

ok la.. nanti aii tulis lagi.. bye..