systema tooth brush...

salam readers..
.
.
hari ni ahkak nk cerita pasal berus gigi.. iyerr... berus gigi yer adik2.. sebab hari2 kita berus gigi kan.. jd berus gigi ni satu keperlu dlm hidup.. maksudnya klu lupa bwk berus gigi masa gi kursus, mesti korang menggagau beli berus gigi baru sama ada di 7 eleven atau hypermarket yg berdekatan.. klu x dapat berus gigi, confirm masa kursus dok sibuk kunyah segala mcm mint utk cover line mulut busuk...
.
.
ahkak sebelum ni adalah pengguna tegar oral b... klu nk beli berus gigi je, mesti beli oral b.. dlm otak ni dh set, berus gigi = oral b even mcm2 brand ader kt pasaran.. ye la kan.. cuber korang tengok oral b tuh... mcm2 pattern & design ader... harganye ajer yg x larat nk tengok... tp bak kata makcik2 tua, alah membeli, menang memakai... namun kini, ahkak semakin berhati2 sewaktu berbelanja.. ahkak mula mencari alternatif yg lebih murah tp hasilnya mestilah lebih atau sama dgn lama... walaupun org kata ahkak ni bergaji dh sedap dh, tp kena pikir byk benda babe.. duit itu x selamanya ada di tangan kita...
.
.
apakah maksud duit x selalu di tangan kita??? hari gaji je ahkak dh sibuk distribute gaji ahkak kpd penghutang tegar spt bil tepon, kredit kad, insurans, nursery budak2, kereta, bil berukben, bil astro dll... belanja tu semua dh cecah RM2k.. tu belum kira kalau dh potong duit umah... ahkak ni start 2012 dh start byr umah dh.. tu yg skrg byk mengamalkan amalan berjimat cermat.. tapi xde la kedekut sgt kan.. masih allocate beberapa peratus utk simpanan, baju bajuan sendiri & anak2, mainan anak2, makan luar dll...
.
.
berbalik cerita tadi, bulan lepas stok berus gigi kami sekeluarga dh abih.. so kami pun bershopping barang di tesco.. niat tu memang nk beli berus gigi oral b.. sekali tengok harga dia dh naik.. berus gigi pun naik harga??? korang x perasan ek?? bg org yg dh berkeluarga ni, semua benda dia perasan... even klu harga pad naik pun ahkak perasan... ye la kan... barang keperluan... yg memang kita beli setiap bulan... yg best nyer, harga puting botol naik pun ahkak perasan... hahahhaha... memang skrg ni ahkak sgt berkira2... bak kata arwah atuk "kedekut tangga kekayaan"...
.
.
bile tengok harga berus gigi oral b naik, maka ahkak pun start melilau mencari berus gigi jenama lain... sambil belek2 tuh, ahkak teringat iklan systema.. tengok harga pun kire murah iaitu RM16.90 bagi 3 batang berus gigi (tp bila mr hubby usha kt Bilal, systema kt sana lg murah iaitu RM12.90 utk 3 batang).. maka ahkak pun terus la masukkannya dlm troli.. dlm hati rasa was2 jugak la sebab x pernah tukar brand lain... mr hubby pun start tanya ok ke x berus gigi systema nih...
.
.
.
.
maka keesokan harinya ahkak pun bukak la berus gigi baru... wah, berus dia sgt halus di hujung.. walaupun halus, berus dia x de lembik.. masih utuh bile kita berus gigi... jd, gigi tu rasa lebih bersih.. celah2 gigi pun dia sapu semua.. bila dh mandi, mr hubby tanya lg... ok ke x berus gigi tuh...
.
.
beberapa hari lepas tuh, baru la mr hubby tukar berus gigi dia... lepas mandi je dia terus cakap "best la berus gigi baru ni.. bersih"... maksudnya berbaloi la kami beli systema... even harga dia murah, tp hasil dia amat memuaskan...
.
.
.
.
.
iteww saja la cerita berus gigi ahkak buat kali ini.. ahkak x dpt komisen pun dgn systema ni.. tp klu korang nk try, ianya amat berbaloi... klu x berbaloi, x kuasa ahkak nk gebang2 dlm blog...
.
.
.

hapdet terkini... chewahh!!!

salam readers,
.
.
first sekali ahkak nk mintak mahap la kt korang semua... mesti korang buhsan kan bila gi kt blog ahkak je, benda yg serupa sejak 2-3 bulan nih.. nk buat mcm mana dik.. sibuk & xde masa sungguh nk hapdet.. kadang2 rasa nk bercerita.. tapi USB modem plak kena kidnap.. bila USB modem dh ader, mood plak xde.. begitu la ceritanya.. tp hari ni ahkak gagahkan jugak menulis blog ni sbb dh lama sgt membiarkan blog ni bersawang.. harap jangan jemu melawat blog ahkak ye..
.
.
mula2 sekali ahkak nk cerita tentang gadjet kesayangan ahkak iaitu iPhone snow white ku.. ate bagi mereka yg bergelar ibu & bapa mesti faham apabila anak2 sudah pandai memilih antara henpon ori & henpon mainan... begitu jugak lah kisah ahkak ini...
.
.
nak dijadikan cerita, di suatu hujung minggu yg cuacanya agak mendung, tanpa ahkak sedari si kecil molek bernama abeed firhad telah berjaya mengambil iPhone yg ahkak sorokkan dlm beg (di situ terletaknya usaha utk mengelakkan perkara yg tidak diingini).. entah macam mana, pintu bilik air terbuka pd ketika itu... si kecil molek dgn hati yg riang gumbira melaksanakan eksperimen sains nya dgn mencelup iPhone ahkak dlm baldi yg ketika iteww penuh berisi air.. owhh!!! uji kaji si kecil molek iteww disedari oleh mr hubby yg makin gagah perkasa.. lalu dirampasnya iPhone dr tangan si kecil molek sepantas kilat kerana mr hubby tau yg isterinya amat menyayangi iPhone snow white iteww..
.
.
nasik menjadi bubur, wahai pembaca sekelian... separuh iPhone telah dimasuki air termasuklah kameranya.. bermula detik itew, hidup ahkak bagaikan tidak keruan.. iPhone seperti dirasuki jembalang... bila call je, 5 saat lepas tu terputus... atau masa tengah cakap2, tiba2 je dia boleh mute dgn sendirinya.. atau lebih hebat lagi, dia boleh hold call kita ni & call org lain.. aper kejadahnya...
.
.
namun, dugaan iteww tidak mematahkan semangat ahkak... oleh karana kecintaan ahkak terhadapnya, ahkak masih terus menggunakannya sehingga lah titik hitam iteww... detik hitam bermula kira2 2-3 minggu yang lalu.. waktu iteww ahkak berasa tenang... amat tenang... setenang ikan emas dlm aquarium... rupanya iteww petanda buruk yg bakal berlaku... atenya, no incoming call or SMS.. rupenye iPhone ahkak sudah jem, dik non oiii... patutlah hidupku tenang sahaja...
.
.
oleh kerana ramai yg complain sbb x dpt contact ahkak, sbg alternatif segera, iPhone iteeww digantikan dgn Blackberry Torch.. nk tunggu baiki, confirm lambat siap & spare part mesti mahal.. maka, ahkak sekarang telah menjadi BB clan...
.
.
.

.
.
pic di bawah ini muka terkini ahkak hari ini... pic di snap dgn BB.. jangan terpedaya dgn muka yg runcing kerana iteww semua ilusi.. tips utk meruncingkan muka dlm gambar adalah dgn menurunkan wajah anda sedikit & pose la sesuka hati anda.. hasilnya muka yg runcing mcm cover magazine..
.
.
.
gambar di bawah pula gambar anak2... juga di snap dgn BB... psl ahkak dh malas nk usung kamera ke sana ke sini tp bukannya amik gambar pun... memberatkan beg ajer adelah...
.
.

.
.

sama juga gmbar ini... budak comel inilah yg bertanggungjawab menyebabkan iPhone dotukar kpd BB... wajahnya memang wajah tidak bersalah... konon ingat iPhone iteww biskut merry...
.
.

.
.
pic di bawah pula pun di snap dgn BB.. ketika ini mr hubby kata nk bercuti.. bercuti pun tempat yg dekat2 ajer.. kami menginap di bukit kluang resort, t'ganu.. hajatnya nk bwk anak2 mandi kolam.. x sampai 30 minit berendam, hujan lebat x hengat dunia dgn angin yg kencang... maka frust la hantu air si widad safiyya kerana katanya dia masih belum putih lagi & jarinya belum kecut...
.
.

.
.
lihatlah hantu air yg sungguh seronok melihat air kolam... sehinggakan dipaksanya kami laki bini membina sebuah kolam khas untuknya apabila umah kami siap..
.

.

.
.
tiga beranak yg seronok berada dlm kolam... ahkak sekadar menunggu di pinggiran... mengambil gambar mereka... sambil mengurut2 pinggang yg lenguh2 akibat terpaksa mengejar si kecil berlari2 dlm dining hall sewaktu sarapan..
.
.
.
.
hapdet yg lain pula adalah keadaan banjir di Labis... nasib baik ahkak x menyibuk2 balik kampung sbb nk tgk PRK Tenang.. rupanya nk jadi banjir besar.. bila ahkak tepon mak, umah kami dimasuki air sehingga ke paras peha.. banjir kali ni lebih teruk dr banjir 2008... maka banyaklah perabot yg kembang2 & x leh digunakan lagi diangkut naik lori... nmpknya cikgu aminah terpaksa lah keluarkan ongkosnya utuk gantikan katil, tilam, kabinet dll... album gambar habis rosak termasuklah album konvo ahkak... sgt sedih sekali.. x tau bila nk balik Labis utk lihat kerosakan yg berlaku...
.
.
sedikit hapdet psl ahkak plak... psl kandungan ahkak yg sebenarnya... skrg ni dh mencecah minggu ke-24... maksudnya dh 6 bulan... 3 bln to go.. perut dh rasa besar sgt... tiap kali nk bangun dr duduk, ahkak manjakan diri ahkak dgn meminta mr hubby tarikkan.. bila buat kerja yg memerlukan kedudukan membongkok, mesti lepas iteww sakit pinggang kaw2 punyer.. minum air x sampai 1 liter pun, akan kerap ke tandas... pengembangan diri berlaku secara tersusun... maksudnya xde lah naik mencanak2 sgt... tp naik lah jugak...
.
.
anak2 ahkak sudah tidak isap puting lagi.. buat ibu bapa yg menhadapi masalah kebergantungan anak2 kpd puting, boleh ikuti petua ini.. mula2 gunting puting di tengah2 sehingga berlubang sedikit... esoknya gunting lagi sket.. lusa pun gunting lg sket... hari pertama hingga hari ke 3 seperti hidup dlm pasar malam.. anak2 akan merengek2 x tentu hala... perangai pun x ubah seperti cacing kepanasan.. widad sedikit memahami kerana dirinya dh besar so x leh isap puting lg... yg terunya adalah melayan si abeed... minggu pertama ahkak terpaksa bangun malam 3 kali semata2 nk buat susu... pastu siap minta tambah lagi sbb x cukup.. akhirnya, selepas tidak menghisap puting, abeed minum 8 oz setiap kali meyusu..
.
.
abeed kini sudah x minum susu soya lagi... dia sudah bertukar sepenuhnya kpd susu lembu.. mula2 naik rashes.. gatal2 satu badan.. now masih lg gatal.. tp dh kurang sket kot... yg penting dia dh boleh minum susu biasa... bak mr hubby, nasib baik dia dh tukar susu lembu, kalau x, bankrap la nk beli susu soya kalau setiap kali buat susu 8 oz..
.
.
setakat iteww sahaja hapdet utk kali ini... insyaallah di lain masa kita jumpe lagi..
.
.
.








globesity

salam readers,


.


.


topik hari ni berat sket.. kita berbicara memgenai globesity yg kini semakin menular di Malaysia.. di Amerika, 2/3 penduduknya overweight & drp iteww 1/3 adalah obese.. klu nk kira dgn angka, jumlahnya amat ramai hokeh.. malah, individu obese boleh dilihat di mana sahaja ketika ini.. obesity epidemic.. iteww lah istilah yg selayaknya diberikan kpd fenomena baru ini...


.


.
.



.


.
.
.



ahkak paham bahawa segelintir golongan ini mahu diterima oleh masyarakat seadanya.. masyarakat diminta supaya jangan men'double standard'kan golongan ini kerana mereka juga manusia.. ada juga di kalangan golongan ini sgt2 comfort dgn keadaan tersebut sehinggakan x mahu berubah.. keadaan ini sedikit sebanyak mengecewakan banyak golongan terutama pihak kesihatan kerana ia seolah2 menunjukkan bahawa kempen hidup sihat tidak berjaya.. ahkak tidak marah jika anda seorang yg obese, tetapi ahkak akan marah jika anda buat2 x endah terhadap kesihatan anda even anda tau kesannya pd kesihatan anda...



.
.


bg ahkak, semua orang cantik.. gemuk atau kurus, semua mempunyai kelebihan masing2.. tetapi mahukah anda menjadi seperti gambar2 di bawah ini??


.


.


.
.
.
.

.
.





.
.
.



.


atau mahukah anda terbaring di atas katil tanpa boleh berjalan kerana obesiti seperti gambar di bawah??


.


.


.


.



.



.
adakah anda mahu melihat bilangan kanak2 yg obese kian meningkat di masa hadapan???



.



.



.



.


,


.


sudah tentu gambar2 di atas membuat anda semua sentap kan?? well, ahkak mendapat kesedaran ini after watched oprah.. dlm rancangannye, ader satu slot kisah benar seorang lelaki yg obese yg kini hanya terlantar di atas katil.. beratnya 750 lb.. then dimasukkan ke hospital selepas sakit dada (nk kena serang penyakit jantung la tuh..).. doc buat prosedur yg kecikkan perut tuh.. yg chef ismail buat tuh.. after a month, dia turun 100 lb.. makan sikit ajer dh kenyang.. doc said that itu sahaja cara yg terbaik buat masa sekarang.. klu x buat apa2 maybe he'll die after 6-12 month... can u imagine that?? and the wife said they never hv sex since the last 10 yrs... lelaki iteww bercita2 utk keluar berjalan2 dgn wife dia apabila dia could walk again.. sgt romantik & sgt sedih hokeh tengok dia terbaring atas katil.. dia x boleh berjalan sbb kakinya x mampu nk tampung berat badannya.. pheww...


.


.


.


enough with all that... now we move to how to measure obesity.. the basic measurement is using BMI methods... klu lebih 30, you're obese.. senang saje kirenya.. berat (kg) dibahagi dgn berat (kg) kuasa 2.. klu x paham gak, sila rujuk formula di bawah...
.
.
.

.
.
.
berdasarkan carta BMI, anda boleh lihat kedudukan anda.. sama ada normal, overweight atau obese...
.
.

.

.

.
mahu yg lebih jelas?? anda boleh rujuk gambar di bawah... jd, di manakah anda berada sekarang??

.

.

.

.

.

.

atau anda boleh menggunakan cara mengukur pinggang & punggung.. caranya ialah ukuran pinggan bahagi ukuran punggung.. jika anda fomfuan, pastikan nisbah pinggang ke punggung kurang drp 0.8 & sekiranya anda the jantzz, nisbah pinggang ke punggung hendaklah tidak melebihi 0.95..
.

.

.

.

.

.

beralih ke topik seterusnya mengenai obesity... iaitu kesan obesity terhadap kesihatan.. wah, yg ni ahkak x payah refer.. common sense babe.. obesity meningkatkan risiko PENYAKIT JANTUNG, DIEBETES, SAKIT LUTUT SBB X MAMPU TAMPUNG BERAT BADAN, MEMENDEKKAN UMUR, KANSER DAN MACAM2 LAGI... tu belum penyakit RENDAH DIRI, X YAKIN, MURUNG DLL.. klu korang nk lebih jelas apakah kesannya kpd kehidupan kita, sila search sendiri kt tenet.. macam2 penyakit ada..
.

.

.

letih dah ahkak mengarang.. makanya, ahkak ingin menanya kpd anda semua, tidakkah anda sayang diri anda, keluarga & rakan2??? jika sayang, sila lah jaga kesihatan diri, ubah eating habit, start workout (jalan pun xpe), hargai diri anda & sayangi diri anda.. ahkak klu boleh, nk umur panjang tanpa penyakit2 kronik utk lihat anak2 membesar, masuk uni, kahwin, timang cucu & insyaallah timat cicit bersama2 mr hubby tersayang (habislah mr hubby lepas ni ahkak measure pinggang & punggung dia..oppss)... iteww impian besar ahkak..

.

.

.

walaupun ahkak peknen, ahkak sekali2 tidak melahap dgn sewenangnya even ahkak ader strong reason to do so (ye lah, sbb aku peknen kan.. so makan je la.. klu x kempunan plak)... oh tidak.. ahkak berjaya ubah tabiat peknen ahkak kpd pengurusan makanan yg lebih berkesan walaupun x tau cukup ke x nutrisi utk baby sbb ahkak seboleh2 makan heavymeal once a day... bfast & dinner ahkak makan biskut ajer.. tp sblm ni biskut mkn 4 keping, now makan 6 keping & kadang2 siap sapu milo lg atas dia.. pastu mesti ahkak lapar lagi.. ahkak akan makan buah atau oat crunch.. jika perut berbunyi lagi, ahkak akan buat milo & ulang memakan biskut.. klu lapar jugak, ahkak goreng la french fries bersama nugget... hahahha.. ahkak rasa klu kira kalori sama je dgn mkn nasi sepinggan... janji x makan nasi byk sangat.. karang lepas beranak susah plak nk turun berat badan... tp peknen kali ni klu makan banyak, mesti perut x berapa sedap.. sbb tu makan sikit ajer.. klu x rasa loya & angin satu badan.. tp yg bestnya, ahkak mesti poser sekurang2nya seminggu sekali.. klu 2 kali kira bonus... tp nk bgtau, nk tunggu waktu berbuka ni mcm zaman budak2... asyik tengok jam ajer.. ekekekek...

.

.

.

okay lah kengkawan.. ni baby pun dh nk masuk 11 minggu.. dh nk abih first trimester.. spt peknen yg dulu, back pain berleluasa even baby baru besar kelingking.. sgt x praktikal klu nk baring bangun.. tu je la kot nk criter.. klu korang tanya mana pic ahkak, ahkak mane la ader paparazzi yg ikut 24 jam.. klu nk amik pic pun, amik sendiri ajork.. ataupun hr raya ke.. nanti ahkak post pic raya haji.. bye..
.
.

.

ahkak's new toy..

salam readers,
.
.
aper yg korang buat dgn duit gaji bulan nih?? installment semua dh bayar ke?? utang kad kredit dh langsai?? shopping?? ahkak ni bile dpt je gaji terus lah mentransfer duit2 tuh ke serata dunia.. utang iteww, utang ini, bayar iteww & bayar ini.. last2 ader la ciput sket utk belanja diri sendiri.. jd, ahkak akan me'makesure'kan yg gaji ni x dibelanjakan utk perkara yg melalut2.. opsss... jgn lupa... bulan depan raya haji.. so duit gaji bulan ni kena simpan utk preparation travelling balik kampung serta duit raya.. baju raya?? rasanye macam xde je.. pakai yg raya poser punyer.. ahkak kan kedekut... hahahhaha...
.
.
bulan ni ahkak telah invest dgn membeli sesuatu yg berguna utk diri sendiri dan keluarga.. actually benda ni dh lama dh nk beli cuma asyik tangguh ajer... ahkak beli fruit juicer dikk.. klu dulu, ahkak blend guna blender biasa, then tapis hampas dia.. disebabkan rumit sket prosesnyer, maka aktiviti minum juice x dijadikan rutin harian.. kami lebih kepada konsep 'bedal ajer buah tuh'..
.
.
yg menjadikan ahkak semangat nk beli juicer ni bile terbaca blog mama nani rostam.. korang mesti kenal kan?? ala, ni blog mama hanis... malas la plak nk letak link.. mama nani ni memang pandai masak.. so dlm blog dia, dia cerita la psl tiap2 pagi dia buat carrot juice utk whole family.. & dia siap suggest lagi drp beli benda yg x berpekdah, baik beli juicer.. ahkak pun sentapp dikk.. betul aper kata mama nani.. drp ahkak beli yg ngarut2, baik ahkak beli juicer..
.
.
oleh kerana pengaruh mama nani ni sgt kuat, maka ahkak tanpa berfikir panjang membeli juicer yg sama dgn beliau iaitu brand panasonic.. even harga sedikit mahal drp brand lain, namun bak kata mama nani, kalah membeli, menang mengguna...
.
.
.
.
.
so inilah ruper juicer tuh.. korang pun boleh tengok secara dekat di pasaraya yg berhampiran.. ahkak syukur sgt sbb dpt beli harga spesel.. tokeh kedai kenal dgn opismate maka dek tempias opismate yg memang terkenal di seantero tumpat, maka ahkak pun dpt harga istimewa..
.
.
.

.
.
gambar ini bukan lah juice yg ahkak buat malam tadi.. gambar hanya sekadar hiasan yg diambil drp google image.. nanti klu ahkak panjat cameron, ahkak bawak turun strawberry & bolehlah merasa strawberry juice kt celah gigi...
.
.
.


.
.
malam tadi ahkak buat 2 jenis juice... mula2 orange juice pastu epal ijau.. utk orange juice, ahkak blend 5 biji oren & epal ijau juga ahkak buat 5 biji.. ahkak x campur kedua2 jenis buah.. buat asing2 sbb nk tengok rasa dia cmne... rasanya amat pekat sbb ahkak x campur air langsung.. epal juice lagi la rasa pekat sbb guna epal kulit ijau yg terkenal dgn ketidak berapa manisnya iteww... oleh iteww, 5 biji buah dh boleh buat 1 jug jus.. klu nk manis boleh tmbh gula.. tp doktor kata kurangkan pengambilan gula klu x bdn gedempol atau kena penyakit kencing manis plak nanti..
.
.
iteww sahaja hapdet ahkak utk kali ini.. fyi, spray adhesive & design card yg ahkak beli dr ebay dh smpai & ahkak telah pun menggunakannya utk simpanan stok letters.. now ahkak tercari2 contest apekah yg sedang berlangsung skrg?? satu lagi keluhan syahdu hati ahkak.. hari tuh ahkak buat la anmum punya redemption.. klu nasib baik, boleh menang sony handycam.. tawaran plak sah sehingga 30 okt.. ahkak anta awal bulan okt.. tup, tup bile tepon dia kata handycam dh abih.. sedih wooo.. ahkak buat cantik2 tuh.. frust ahkak.. tp xpe.. harap2 anmum bg susu 6 kotak cm hari tuh..
.
.
.

.

ahkak & 'lembab' thinggy...

salam readers,
.
.
hari ni ahkak nk berkongsi dgn korang semua about my 'lembab' thinggy.. walaupun saya suka dgn lembab, ader banyak lagi lembab yg saya x suka.. spt org yg lembab, otak lembab, benda2 lembab spt pacat & lintah serta jalan lembab... tetapi ader benda yg ahkak suka pasal lembab ini.. lembab yang ini xde kaitan dgn binatang ataupun sikap serta sifat individu, malahan kita perlu kan lembab yang ini...
.
.
sebut je pasal beauty, mesti beautician akan mendedahkan bahawa kelembapan adalah sgt penting utk kesihatan & kecantikan... maka lembab yang ini amat perlu utk kita menjaga penampilan supaya tidak nampak tua dari usia sebenar.. klu adik2 sekelian nk nmpk muda sepanjang hayat pun boleh.. silalah ke meja bedah utk wat face lift ataupun suntik berbotol2 botox bg tegangkan kulit muka.. atau dgn cara yg lebih lembut lagi, sila lah jaga wudhuk & makan ulam2 setiap hari yer..
.
.
utk kesihatan badan, kelembapan amat bergantung dgn our daily water consumption.. <--- this statement dh very common dah.. klu korang wat x tau, sesia aje la ilmu yg ahkak perturunkan ini... minum air banyak2 hokeh... baru lah berseri muka.. xde la kusam ajer... ataupun klu kusam jugak, silalah beli mekap & belajar mekap supaya wajah anda menjadi lebih glowing..
.
.
bg kecantikan pula, ahkak tidak hanya tertumpu pd wajah ajer.. setelah ahkak menyedari bahawa bahagian tapak kaki & tangan ahkak ini menjadi semakin kering gara2 kena aircon, maka ahkak pun mengubah tabiat drp x pakai apa2 kepada pakai apa2.. oleh yg demikian, setiap kali lepas mandi, ahkak pun mencomorkan lotion total moisterizer vaseline kt tangan & kaki... juga tidak lupa kt neck area.. kang tergezut plak laki tengok apsal neck berkedut seribu ibarat baju linen yg x di iron..
.
.
sedikit review psl losyen ni... ia amat mild sekali.. baunya juga x terlampau kuat & sgt soft.. jd xde la anak2 terbersin klu kita memeluk mereka dgn erat... krim dia x lah pekat sgt.. so jimat masa memakainya di badan.. dua tiga kali sapu dh absorb dlm kulit...
.
.

.
.
next is my skincare routine.. memang wajib pakai dermalogica smoothing cream.. tidak berminyak.. senang absorb dlm kulit.. bau pun xde la menyakitkan hidung.. yg penting sekali, ia sgt sesuai dgn kondisi kulit saya...
.
.
.
.
utk wanita yg peknen, mungkin akan menghadapi masalah strecth mark semasa mengandung.. ahkak klu peknen memang akan memastikan meyapu the body shop cocoa butter yg memang rich dgn pelembab.. gile klu x pakai sbb dh tau efek dia klu x pakai.. x sanggup lg ahkak tengok perut berbelang coklat lepas beranak.. oleh itu, prevent is better than cure.. seawal kandungan 2 bulan, ahkak dh start sapu kt perut... bau dia xde la heaven sgt tp sbb efek dia sgt bagus, maka ahkak sapu jugak..
.
.
.
.
seterusnya penjagaan bibir.. ahkak bukan lah salah seorang fanatik lip balm atau lip ice.. ahkak pakai pun sbb terpaksa.. jd oleh kerana dermalogica set tuh dh ader lip moisterizer, maka ahkak pakai jugak... klu x pakai bibir cepat kering & merekah.. bile merekah, walau sediva mana pun lipstick kau, kau tetap kehilangan tittle gojes kau iteww.. lip balm ahkak ini xde bau & xde kaler pinkish, orengish ataupun reddish.. natural giteww..
.
.

.
.
next is my eye treatment.. agaknya org kulit x sekata ni banyak bebenor problemnya.. bawah mata dh start wrinkles sana sini.. benci bile senyum sbb nanti org nmpk wrinkle kite... tp klu x senyum org kata aku sombong plak.. wah, muka ahkak klu x senyum dik, memang nmpk serius.. tp bila dh senyum & nmpk gigi bawah ahkak yg jarang iteww, barulah nmpk muka friendly sket...
.
.
.
.
hokeh.. tu je lah benda2 lembab yg ahkak nk kongsi.. ahkak ni byk menda nk tulis, tp malas nk tulis.. klu la ader typist utk tulis blog kan bagus.. kita cakap, dia taip.. baru la ahkak rajin sket hapdet blog nih.. till then, bye... muahxx...
.
.
.

ahkak's making memories accesories

salam readers,
.
.
wah!! ahkak semakin bersemangat nk masuk contest2 nih... sejak menang pagoda, terus rasa nk join semua contest... kes penangan slice making memories tuh la deq noon ooiii!!! nak dijadikan cerita, anak2 ahkak semua teruja melihat slice iteww memotong tulisan... dan, keterujaan iteww berlanjutan apabila widad safiyya bermain2 dgn mesin kesayangan ahkak iteww sampai abih adhesive nyer.. tanpa adhesive, acara potong memotong huruf & bentuk tergendala sebentar.. ye la kan.. sebelum gunakan mesin pemotong, kertas hendaklah dilekatkan atas glass mat.. barulah boleh potong.. klu x letak pelekat, nnt masa potong kertas akan bergerak.. ader faham??
.
.
jadi, hari ini dgn susah payahnya ahkak membeli terus dr ebay (x kuasa aku nk bid2) adhesive iteww.. tp kali ini ahkak beli yg versi canggih.. klu dulu cam gam biasa ajer bentuknya.. now, ahkak beli yg spray.. harganya USD9.00.. ahkak beli 2 terus.. senang.. tp nk cakapnya, harga pos lebih kurang dgn harga barang.. ahkak malas nk berkire2 sgt deq.. terus beli tanpa fikir panjang...
.
.
.
ni adhesive yg dia bg sekali masa beli slice machine...
.
.
.
.

ni yg jenis spray... senang sket nk wat kerja & x yah nk kotor2 tangan...

.

.
.

.

.

.

apa yg lebih menggumbirakan ahkak lagi adalah........... ahkak beli design card yg baru... khusus utk huruf shj.. mix & mingle temanya...
.

.

.

.


.
.
lepas ni, klu ader rezeki, nk beli design card yg ader banyak bentuk2 binatang, kenderaan etc.... oklah.. penat dh ni bercerita panjang.. nanti sambung lagi yer...
.
.
.
p/s: hari ni usia kandungan 6w 3d...
.
.

ahkak tergoda...

salam readers,
.
.
hati ahkak tergoda sangat2 deq noon.. sejak 1st time tengok, mcm ia menghantui hidup ahkak... bentuknya, features nye, warnanya... pendek kata, ia membuat hati ahkak cair buat ke sekian kalinya... pengsan ahkak kali ni...
.
.
walaupun ia bukan benda baru, tetapi ahkak suker sgt deq noon.. inilah henpon paling sofistikated ahkak pernah jumpa in term of ke'chick'kannyer... sony ericson xperia x10... pergh... namanya saje dh GAH.. apatah lg rekabentuknya...
.
.
dilengkapi dgn camera 8.1 pixel... xperia memang sgt bergaya utk dibawa ke mana2... yeah!! dia memang besar sikit la.. tp ahkak tetap membawa berita gumbira buat deq noon semua...
.
.
.
.
.
.
.
.
lupakan saje xperia yg gedabak itewww.. ia telah pun mempunyai 'baby' yg sgt cute...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
scroll lagi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

memperkenalkan xperia mini.... ia sgt comel tetapi tetap dgn ciri2 sofistikated nyer yg tersendiri... cute x???
.
.
.

nanti dulu... xperia mini ni ader 2 jenis... satu yg biasa & satu lagi mini pro.. mini pro ader keyboard & yg biasa pula hanya guna touch screen.. yg mana satu pilihan anda???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.