hapdet terkini... chewahh!!!

1:40 PM Unknown 0 Comments

salam readers,
.
.
first sekali ahkak nk mintak mahap la kt korang semua... mesti korang buhsan kan bila gi kt blog ahkak je, benda yg serupa sejak 2-3 bulan nih.. nk buat mcm mana dik.. sibuk & xde masa sungguh nk hapdet.. kadang2 rasa nk bercerita.. tapi USB modem plak kena kidnap.. bila USB modem dh ader, mood plak xde.. begitu la ceritanya.. tp hari ni ahkak gagahkan jugak menulis blog ni sbb dh lama sgt membiarkan blog ni bersawang.. harap jangan jemu melawat blog ahkak ye..
.
.
mula2 sekali ahkak nk cerita tentang gadjet kesayangan ahkak iaitu iPhone snow white ku.. ate bagi mereka yg bergelar ibu & bapa mesti faham apabila anak2 sudah pandai memilih antara henpon ori & henpon mainan... begitu jugak lah kisah ahkak ini...
.
.
nak dijadikan cerita, di suatu hujung minggu yg cuacanya agak mendung, tanpa ahkak sedari si kecil molek bernama abeed firhad telah berjaya mengambil iPhone yg ahkak sorokkan dlm beg (di situ terletaknya usaha utk mengelakkan perkara yg tidak diingini).. entah macam mana, pintu bilik air terbuka pd ketika itu... si kecil molek dgn hati yg riang gumbira melaksanakan eksperimen sains nya dgn mencelup iPhone ahkak dlm baldi yg ketika iteww penuh berisi air.. owhh!!! uji kaji si kecil molek iteww disedari oleh mr hubby yg makin gagah perkasa.. lalu dirampasnya iPhone dr tangan si kecil molek sepantas kilat kerana mr hubby tau yg isterinya amat menyayangi iPhone snow white iteww..
.
.
nasik menjadi bubur, wahai pembaca sekelian... separuh iPhone telah dimasuki air termasuklah kameranya.. bermula detik itew, hidup ahkak bagaikan tidak keruan.. iPhone seperti dirasuki jembalang... bila call je, 5 saat lepas tu terputus... atau masa tengah cakap2, tiba2 je dia boleh mute dgn sendirinya.. atau lebih hebat lagi, dia boleh hold call kita ni & call org lain.. aper kejadahnya...
.
.
namun, dugaan iteww tidak mematahkan semangat ahkak... oleh karana kecintaan ahkak terhadapnya, ahkak masih terus menggunakannya sehingga lah titik hitam iteww... detik hitam bermula kira2 2-3 minggu yang lalu.. waktu iteww ahkak berasa tenang... amat tenang... setenang ikan emas dlm aquarium... rupanya iteww petanda buruk yg bakal berlaku... atenya, no incoming call or SMS.. rupenye iPhone ahkak sudah jem, dik non oiii... patutlah hidupku tenang sahaja...
.
.
oleh kerana ramai yg complain sbb x dpt contact ahkak, sbg alternatif segera, iPhone iteeww digantikan dgn Blackberry Torch.. nk tunggu baiki, confirm lambat siap & spare part mesti mahal.. maka, ahkak sekarang telah menjadi BB clan...
.
.
.

.
.
pic di bawah ini muka terkini ahkak hari ini... pic di snap dgn BB.. jangan terpedaya dgn muka yg runcing kerana iteww semua ilusi.. tips utk meruncingkan muka dlm gambar adalah dgn menurunkan wajah anda sedikit & pose la sesuka hati anda.. hasilnya muka yg runcing mcm cover magazine..
.
.
.
gambar di bawah pula gambar anak2... juga di snap dgn BB... psl ahkak dh malas nk usung kamera ke sana ke sini tp bukannya amik gambar pun... memberatkan beg ajer adelah...
.
.

.
.

sama juga gmbar ini... budak comel inilah yg bertanggungjawab menyebabkan iPhone dotukar kpd BB... wajahnya memang wajah tidak bersalah... konon ingat iPhone iteww biskut merry...
.
.

.
.
pic di bawah pula pun di snap dgn BB.. ketika ini mr hubby kata nk bercuti.. bercuti pun tempat yg dekat2 ajer.. kami menginap di bukit kluang resort, t'ganu.. hajatnya nk bwk anak2 mandi kolam.. x sampai 30 minit berendam, hujan lebat x hengat dunia dgn angin yg kencang... maka frust la hantu air si widad safiyya kerana katanya dia masih belum putih lagi & jarinya belum kecut...
.
.

.
.
lihatlah hantu air yg sungguh seronok melihat air kolam... sehinggakan dipaksanya kami laki bini membina sebuah kolam khas untuknya apabila umah kami siap..
.

.

.
.
tiga beranak yg seronok berada dlm kolam... ahkak sekadar menunggu di pinggiran... mengambil gambar mereka... sambil mengurut2 pinggang yg lenguh2 akibat terpaksa mengejar si kecil berlari2 dlm dining hall sewaktu sarapan..
.
.
.
.
hapdet yg lain pula adalah keadaan banjir di Labis... nasib baik ahkak x menyibuk2 balik kampung sbb nk tgk PRK Tenang.. rupanya nk jadi banjir besar.. bila ahkak tepon mak, umah kami dimasuki air sehingga ke paras peha.. banjir kali ni lebih teruk dr banjir 2008... maka banyaklah perabot yg kembang2 & x leh digunakan lagi diangkut naik lori... nmpknya cikgu aminah terpaksa lah keluarkan ongkosnya utuk gantikan katil, tilam, kabinet dll... album gambar habis rosak termasuklah album konvo ahkak... sgt sedih sekali.. x tau bila nk balik Labis utk lihat kerosakan yg berlaku...
.
.
sedikit hapdet psl ahkak plak... psl kandungan ahkak yg sebenarnya... skrg ni dh mencecah minggu ke-24... maksudnya dh 6 bulan... 3 bln to go.. perut dh rasa besar sgt... tiap kali nk bangun dr duduk, ahkak manjakan diri ahkak dgn meminta mr hubby tarikkan.. bila buat kerja yg memerlukan kedudukan membongkok, mesti lepas iteww sakit pinggang kaw2 punyer.. minum air x sampai 1 liter pun, akan kerap ke tandas... pengembangan diri berlaku secara tersusun... maksudnya xde lah naik mencanak2 sgt... tp naik lah jugak...
.
.
anak2 ahkak sudah tidak isap puting lagi.. buat ibu bapa yg menhadapi masalah kebergantungan anak2 kpd puting, boleh ikuti petua ini.. mula2 gunting puting di tengah2 sehingga berlubang sedikit... esoknya gunting lagi sket.. lusa pun gunting lg sket... hari pertama hingga hari ke 3 seperti hidup dlm pasar malam.. anak2 akan merengek2 x tentu hala... perangai pun x ubah seperti cacing kepanasan.. widad sedikit memahami kerana dirinya dh besar so x leh isap puting lg... yg terunya adalah melayan si abeed... minggu pertama ahkak terpaksa bangun malam 3 kali semata2 nk buat susu... pastu siap minta tambah lagi sbb x cukup.. akhirnya, selepas tidak menghisap puting, abeed minum 8 oz setiap kali meyusu..
.
.
abeed kini sudah x minum susu soya lagi... dia sudah bertukar sepenuhnya kpd susu lembu.. mula2 naik rashes.. gatal2 satu badan.. now masih lg gatal.. tp dh kurang sket kot... yg penting dia dh boleh minum susu biasa... bak mr hubby, nasib baik dia dh tukar susu lembu, kalau x, bankrap la nk beli susu soya kalau setiap kali buat susu 8 oz..
.
.
setakat iteww sahaja hapdet utk kali ini... insyaallah di lain masa kita jumpe lagi..
.
.
.








You Might Also Like

0 comments: