etc
intergriti
dear readers,.
pernahkah anda dengar perkataan ini?? perkataan ini lah yg banyak kali diulang2 oleh para pemimpin dr peringkat yg atas sampai la ke bawah.. jd, cikjah assume, semua dh tau kan apa iteww integriti.. so x payah la cikjah nk cerita lagik amenda 'intergriti' ini..
.
kt sini cikjah x nk membebel psl intergriti.. cuma nk share satu story yg menarik.. maybe some of u dh pernah dengar cerita ini.. so, begini la ceritanya..
.
di suatu negeri yang dinamakan Negeri Antah Berantah, tinggal sepasang suami isteri yang sudah tua.. mereka tidak dikurniakan cahaya mata sejak berkahwin.. namun, kasih si suami pd si isteri tidak pernah berbelah bahagi.. malah tiada sedetik pun perasaan marah kpd isteri kerana x mampu memberikan zuriat keturunan kepadanya.. saban hari, si isteri ditatang seperti minyak yg penuh.. mereka hidup dgn aman damai.. pak tua & mak tua gelaran diberi oleh penduduk kampung..
.
adapun si suami ini tiadalah berharta.. hanya kapak buruk menjadi punca pendapatan.. kerja suami sbg penebang pokok tidak menjanjikan upah yg lumayan.. hidup mereka suami isteri amat daif.. namun pasangan itu tetap bersyukur di atas nikmat yg diperolehi..
.
suatu hari, si suami menebang pokok di kawasan hutan bersebelahan dengan sungai besar.. hari itu cuaca tidak elok.. angin bertiup kencang.. si suami tetap sabar menebang.. tung, tung, tung.. bunyi kapak pak tua.. dengan tidak semena-mena, kilat menyambar pokok yg sedang ditebang.. aduh!! jerit pak tua.. maka, terlepas la kapak buruk itu ke dalam sungai..
.
tanpa berlangah masa, pak tua terjun ke dalam sungai untuk mencari kapaknya.. sudah 4 kali pak tua menyelam ke dasar sungai.. namun hampa.. kapak usang miliknya tidak dijumpai.. menangislah pak tua di tebing sungai sambil meratap nasibnya pada hari itu.. tangisan pak tua didengari oleh pari2 air.. maka timbullah pari2 air utk menolong pak tua..
.
pari2 air: wahai orang tua.. mengapakah kamu menangis di sungai ini? tahukah kamu bahawa tangisan kamu itu mengganggu raja kami yg sedang beradu?
.
pak tua: wahai pari2 air yg jelita.. hamba menangis bukan kerana apa.. cuma kapak buruk hamba terjatuh ke dalam sungai.. puas hamba mencarinya tetapi tidak berjumpa.. malanglah nasib hamba kerana kapak itu saja punca pendapatan sekeluarga..
.
pari2 air: usahlah bersedih orang tua.. hamba akan menolong tuan hamba...
.
pari2 air menyelam ke dasar sungai dan mengambil kapak yg diperbuat drp emas lalu dipersembahkan kepada pak tua..
.
pari2 air: inikah kapak tuan hamba?
.
pak tua: bukan.. itu bukan kapak hamba.. kapak hamba sudah buruk & berkarat2..
.
lalu pari2 air menyelam sekali lagi dan membawa naik kapak yang diperbuat drp perak..
.
pari2 air: adakah ini kapak milikmu, wahai orang tua??
.
pak tua: oh, tuan hamba.. ini juga bukan kapak hamba.. kapak hamba tersangat buruk la rupanya..
.
.
lalu menyelam la si pari2 air ke dlm sungai untuk mencari kapal milik paktua.. kali ini pari2 air mambawa kapak yang diperbuat drp tembaga..
.
.
pari2 air: wahai orang tua, katakan bahawa ini kapakmu..
.
pak tua: bukan.. ini juga bukan kapak hamba.. kapak hamba diperbuat drp besi biasa.. & kini rupanya berkarat2 jua adanya..
.
maka terjumlah si pari2 ke dasar sungai & mengambil sebilah kapak besi yg sudah buruk.. lalu kapak itu dipersembahkan kpd pak tua..
.
pak tua: ah, pari2 air.. ini lah kapak yg hamba cari2.. syukur.. ditemui jua akhirnya.. terima kasih pari2 air..
.
.
pari2 air: wahai org tua yg jujur.. hamba tidak pernah berjumpa dgn manusia yg tinggi integriti sepertimu org tua.. sebagai balasan di atas kejujuranmu, maka terima la kapak emas, kapak perak & kapak tembaga supaya dapat diperbaiki kehidupanmu..
.
sejak hari itu, kehidupan pak tua suami isteri mula berubah.. rumah yg dulu usang diganti dgn banglo mewah.. tiada lagi pakaian yg compang camping.. cerita pak tua mendapat perhatian seluruh pelusuk negeri..
.
pd suatu malam di kala bulan mengambang, mak tua menyatakan rasa yg selama ini dipendam dlm hati.. bertanyalah mak tua akan kebenaran yg didengar kpd suaminya yg tercinta.. maka pak tua menceritakan apa yg berlaku.. mak tua berasa sgt teruja & ingin ke tempat kejadian.. pak tua pun bersetuju utk membawa isterinya ke hutan tersebut pd keesokan harinya..
.
pagi menjelang.. maka bersiaplah suami isteri utk berangkat ke hutan dgn menaiki kereta kuda & dua pengawal.. setelah smpai ke hutan, hanya pak tua & mak tua sahaja yg berada di tempat kejadian.. mak tua yg sudah sakit2 lutut, berjalan2 di tebing sungai sambil mengamati persekitaran di situ..
.
mata mak tua yg sudah kabur itu tidak perasan akan sebatang kayu di hadapannya.. kakinya tersadung di kayu tersenut lalu terjatuh ke dalam sungai...
.
mak tua: tolong! tolong! abang tolong!!
.
pak tua: isteri ku!!
.
mak tua semakin tenggelam dibawa arus deras sungai.. pak tua menyelam ke dalam sungai utk menyelamatkan isterinya.. namun segalanya sudah terlambat.. isterinya tidak dijumpai.. menangislah pak tua teresak2 smbl menyeru pari2 air... maka timbullah pari2 air..
.
pari2 tua: wahai orang tua.. mengapa tuan hamba mengangis lagi? tidak cukupkah harta yg hamba bekalkan?
.
pak tua: bukan itu wahai pari2.. isteri hamba terjatuh ke dlm sungai.. puas hamba mencarinya namun tidak jumpa..
.
pari2 air: jgn risau orang tua.. hamba akan menolongmu..
.
lalu menyelamla si pari2 air... kemudian pari2 muncul kembali smbil membawa seorang perempuan muda yg tubuhnya menggiurkan & raut wajah yg amat jelita.. bertanya si pari2..
.
.
pak tua: ya pari2 air.. inilah isteri hamba yg hamba cari2 dr tadi..
.
pak tua pun terus memimpin tangan wanita muda yg cantik itu ke rumahnya..
.
sekian.
.
.
.
.
p/s: sila muntah hokeh!!! ader perkara yg kita blh pegang kpd integriti & ader yg x...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
0 comments: