Family Short Trip

Assalamualaikum deqq.. moga semua sihat semuanya di samping orang yang tersayang.. gittewwww.. kali ni hakak nk cerita deqq pasal family trip yg x smpai 30 minit dari rumah.. eh, 20 minit pun x sampai.. 15 minit je kot..

kesahnya kt pinggiran Putrajaya ni ada satu tempat yg namanya Goodtree Garden.. tarikan di sini adalah arnab2 yg di biarkan berkeliaran dlm satu kawasan.. dan dlm kawasan yg berpagar tu ada rumah pondok, mini taman permainan dan pokok2.. riuh rendah suara anak2 hakakk berlari2 mengejar arnab.. besar2 pulak tu arnabnya.. lupa nk bgtau.. kalau nk masuk tgk arnab, bayar RM3.50 seorang.. harga kanak2 dan dewasa sama je deqq.. xde diskaun... ok lah tu.. RM3.50 kira murah la..

kt sini hakak tepek peta lokasinya.. mana la kot2 korang teringin nk gi.. ok la.. tengok la gmbr yg x semenggah ni.. maklumlah fotografer amatur.. asal ambik gmbr je jd lah.. ekekke.. hingga berjumpa lagi..













I'm Back Uolzzz...

Salam,


Fuhhh... panjang sungguh tempoh hibernasi kali ini.. dua tahun tu.. dalan dua tabun, macam2 dah berlaku dalan kehidupan hakak ni, deqqq...  dh macam polar bear... badan pun skrg dh mcm polar bear jugekkk... erkkkk??? nak mulakan dari mana, ye?? kita flash back tahun 2014..

Penghujung September 2014...

Hakak dh balik Malaysia, deqq... kejap je ghopernyer setahun.. x sempat merasa salji kt UK.. x sempat nk gi Paris pelbagai.. tetap ku gigih bertahan di wilayah Soton tu jer, deqq.. apa nk buat.. masa tu kalau nk travel payah.. extra luggage banyak, deqqq... mampoo ko nk bawak 5 orang budak2 comel tu gi melancong sana sini?? tidakkk!!!! nanti fenin hakak, deqqq.. pastu cuba imagine kalau semua nk membuang secara berjemaah?? ate ingat toilet kt sana mcm kt sini ke ada paip pelbagai?? mana ko nk hangkut air utk cebok?? cebok pun xde kt sana, deqqq... ko rasa?? mampooo nk bawak si kecik2 ni?? tu satu bab laaa.. kesimpulan perenggan ni ialah, hakak x jalan gi mana2 pun masa kt UK dulu... sekian... sob sob sob...


Masa nk balik Malaysia, ada la satu insiden yg berlaku kt kami sekeluarga.. ate anak no. 4 yang debab gebu tu hilang pulak kt Heathrow... dah sibuk2 nk masuk the last gate, boleh pulak dia ilangg... menggagau kami dok cari... kawan2 yg dok hantar kami kt airport tu pun gigih mencarinyer.. ghopernyer dia senyap2 meloloskan diri drp pandangan kami... sesak napas hakak kejap, deqqq.. habih, kalau ilang betul, nk buat mcm mana?? husband dh standby nk stay, katanya... dia plan kalau x jumpa jugak, hakak balik dgn 4 org anak... dia stay cari debab tu... pendekkan cerita, akhirnya jumpa jugak la si debab tuhhh... budak baru dapat kaki, merayap rupanyer... jauh pulak tu dia merayap... pastu muka memang innocent gilerr x bersalah langsung masa kitorg jumpa dia... menyengih lg ada lah... haihh la anak...

2 minggu lepas balik Malaysia, hakak pun kena lapor diri balik ke JPA... sob sob sob... maka bermula la pulak kehidupan wanita bekerja... ate berdebor jugekk le masa nk dpt surat penempatan... 2 minggu jugak la kami berenang2 kt JPA tu tanpa hala tuju... masa tu hakak x dpt rumah lg... maklum la, sblm sambung belajar, hakak kn kerja kt Klate.. mana la ada beli property kt area Putrajaya ni.. so menumpanglah kt umah best friend yg baik hati... namanya Haizum.. panggil Yun je.. kawan baik la babe, kami dulu satu dorm kt SMAPK.. susah senang bersama.. bila sekolah asrama xde air, kami ramai2 lepak rumah parents Yun kt Kajang... tapi rumah yg hakak tumpang tu rumah dia sendiri la.. kat area Bangi rumahnya.. jd masa ni husband & anak2 duduk di Kedah.. dlm pd masa yg sama, hakak try la push bahagian yg urus kuarters.. kot ada rumah kosong, boleh masuk.. nk dijadikan rezeki, permohonan hakak utk menduduki kuarters pd tahun 2006 tu masih valid lg.. so hakak dpt tawaran kuarters dlm masa sebulan... alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga.. maka dapat la merasa duduk rumah kuarters kerajaan kt Putrajaya ni.. luas pulak tu.. berbaloi2 uolzzz...

Berbalik kepada penempatan hakak... selepas 2 minggu dok berenang dlm kolam, akhirnya hakak pun dpt surat penempatan.. so skrg ni hakak ditempatkan di Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.. bermula lah episod dilema wanita kt sini... nmpk x ada drama di situ... alhamdulillah, skrg ni dh masuk 2 tahun hakak di KPWKM... harap2 cepat la hakak dpt keluar... larikkkkkk......



* nmpk x saje nk propa di sitewww??

nukilan,
hakak jah mu

From Pasir Mas to Southampton - Bournemouth Beach


Menikmati keindahan pantai, sudah tidak asing bagi warga UK terutamanya ketika musim panas. Pantai menjadi destinasi utama kepada warga di sini kerana ketika inilah suhu air laut tidak terlalu sejuk. Tambahan pula, cuti sekolah amat panjang iaitu kira-kira sebulan setengah ketika musim panas. Peluang inilah yang dinanti-nanti oleh anak-anak untuk berkelah dan bermain-main di pantai. Di Southampton, lokasi pantai yang terdekat adalah di Bournemouth. Pantai Bournemouth terletak tidak jauh dari Southampton. Perjalanan ke sana hanya mengambil masa antara 30-40 minit sahaja dengan menaiki kereta. Pantai Bournemouth yang panjangnya tujuh batu sudah tentu membuat pengunjung rasa teruja.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh diterokai di sini. Antaranya adalah sukan air seperti belayar,berkayak, surfing, jet-skiing, menaiki cruise dan pelbagai lagi. Tidak hanya mewah dengan aktiviti sukan air, pantai ini turut dilengkapi dengan restaurant/cafe (tidak dijamin halal). Terdapat juga pengunjung yang membawa peralatan barbeque sendiri dan menikmati keenakan barbeque bersama kenalan dan keluarga.

Cikjah dan keluarga berkesempatan mengunjungi pantai ini minggu lepas. Anak-anak sangat gembira apabila mengetahui bahawa mereka akan berpeluang bermain dan mandi di pantai. Di sini, kami perlu membayar parking mengikut perkiraan jam. Tiket pembayaran harus dipamer di cermin hadapan bagi mengelakkan disaman. Untuk makluman, saman di sini agak mahal. Apatah lagi sekiranya ditukar ke dalam nilai Ringgit Malaysia. 

Pengalaman pertama merasa air laut di UK adalah SANGAT SEJUK. Bayangkan anda menjejakkan kaki ke dalam air perigi di waktu pagi. Begitulah rasa air laut di UK ketika ini. Mungkin apabila musim sejuk, suhu airnya lebih tinggi berbanding sekarang (sekarang musim luruh). Walaupun airnya sejuk, anak-anak tetap berenang-renang dalam laut terutama Widad yang memang terkenal dengan kegemarannya bermain air. Anak-anak yang lain cepat sahaja naik ke pantai apabila kesejukan mula menggigit badan masing-masing.































From Pasir Mas to Southampton - Clarks Village


Membeli-belah di UK merupakan aktiviti yang sangat mengujakan minda, hati dan perasaan. Kebanjiran pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai jenis jenama lokal dan antarabangsa, sudah tentu menjadikan ramai pengunjung rambang mata terutama apabila memasuki musim jualan murah. Antara salah satu pusat membeli-belah di sini adalah Clarks Village.

Clarks Village terletak di Somerset, UK. Ia mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit daripada Southampton untuk sampai ke sini. Namun, oleh kerana kami menggunakan kenderaan yang sedikit usang, perjalanan kami mengambil masa hampir 3 jam disebabkan trafik yang teruk (bila jalan tersekat-sekat, enjin kereta menjadi panas dengan cepat). Kami terpaksa berhenti seketika untuk menurunkan suhu enjin kereta bertentangan dengan Stonehenge. Sekiranya anda melalui motorway (highway di sini dipanggil motorway), anda akan berpeluang menjamu mata melihat batu-batu besar bersusun dalam bulatan. Kami sempat mengambil gambar dari jauh sahaja.







Di Clarks Village, terdapat lebih 90 outlet yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding kedai biasa. Antaranya adalah GAP, Clarks Factory, M&S dan lain-lain lagi. Senarai penuh boleh rujuk di bawah:











































Clarks Village dibuka setiap hari. Waktu operasi boleh merujuk gambar di bawah:


Di bawah ini merupakan gambar dalam galeri website Clarks Village:









Sekiranya anda mempunyai banyak masa di UK, jangan lepaskan peluang untuk mengunjugi Clarks Village. Pastikan juga anda mempunyai bajet yang cukup untuk membeli-belah di sini untuk mengelakkan anda kempunan. Pastikan juga anda membawa bekal makanan yang secukupnya bagi mengelakkan lapar dan dahaga. Namun, jangan risau. Anda boleh membeli makanan ringan seperti donut, aiskrim, buah-buahan dan air. Maaf, di sini tiada tom yam, nasi goreng paprik, durian, roti canai dan ais kacang.