anugerah tak ternilai
salam readers,
selamat menjalani ibadah puasa… hari ini masuk hari ke-11 kita sbg umat Islam melaksanakan rukun Islam ke-3.. ahkak baru dpt sehari tarawikh kt surau.. ehehhehe.. bukan x nk g, for me, anak2 menjadi kewajiban utama drp solat sunat tarawikh… kita kena tahu yg mana wajib, yang mana sunat yer anak2... kita kena tahu yg mana satu perlu diutamakan supaya kita tidak tersasar jauh… contoh, antara membaca ql-quran & bg anak makan, yg mana satu perlu didahulukan?? bg ahkak, bg makan anak yg perlu didahulukan kerana ianya salah satu kewajiban sebagai ibu bapa utk memastikan anak2 ini cukup makan.. lepas itu, barulah kita boleh baca al-quran yg mana merupakan tuntutan dlm Islam.. kalau anak x cukup makan, mereka akan membuat hal.. bergaduh la, terjerit2 la.. jd macam mana kita nk baca al-quran dgn hati yg tenang dgn kelakuan anak yg sebegitu??? ini pandangan sahaja, terpulanglah pd anda untuk tentukan keutamaan anda sendiri…
mengandung, melahirkan, menjaga, mendidik, membimbing 3 orang anak semestinya memerlukan kekuatan fizikal, mental & emosi yg kukuh… frankly speaking, ahkak bukanlah jenis org yg geram bila tengok baby.. sebab ahkak sendiri pun x ramai adik beradik.. jd bila besar tuh, xde la kena mengasuh adik2 yg kecil.. tambahan pula jarak kami 3 beradik selang setahun shj… then bila kawen dgn mr hubby yg pd masa tu dh ada ramai anak sedara (pd hal anak sedara waktu tuh baru 4 org ajer), dengar budak2 bergaduh, rasa mcm bising sgt… sbb ahkak dh lama x dengar budak2 gaduh,maklum la kami adik beradik stop berenti gaduh bila masuk darjah 4..
bila dh ada anak sendiri yg kerap sgt bergaduh, kadang2 naik baran juga… nak2 kita ni penat balik kerja.. balik umah terkocoh2 nk masak lg.. masa tgh masak pulak diorg bergaduh.. rasa mcm baik x payah masak… main dgn diorg aje supaya x bergaduh.. tapi smpai bila x masak… maka terkeluar juga la suara soprano nih…
luckily, ahkak dianugerahkan mr hubby yg selalunya penyayang tapi kadang2 baran jugak… ekekkek.. jadi bila ahkak marah, mr hubby tukang pujuk anak… kalau mr hubby marah, ahkak jd tukang pujuk… tapi ada jugak masa2 kalau anak2 melampau, dua2 baran… ehehheheheh…
ni nk masuk 4 orang ni, x tau la mcm mana hiruk pikuk dlm rumah… nasib baik zulfah jenis independent.. main sorang2 pun xpe.. xde la nk kena mengadap 24 jam.. janji keliling dia ada orang.. kalau dia tinggal sorang2, memang la nangis…
satu petua yg mak ahkak turun kan ialah pastikan perut anak2 kenyang… then mereka xkan mengamuk, bergaduh etc… but petua itu tidak terpakai oleh anak2ku… makku jugekk hairan… dh bg makan pun still gaduh lagi… jd petua x 100% berjaya ye dlm konteks keluarga ahkak… mula2 mak x caya.. lepas dia tengok sendiri, dia pulak bebel kata anak2 dia dulu xde pun mcm nih.. anak2 mak semua baik… cucu mak je terlebih aktif… pastu masing2 memanjakan diri masing2 utk dapatkan perhatian lebih… nak2 si abeed tuh.. kalau beriba, elok je parangai dia… kalau x, x reti nk cakap… hanya org yg pernah kenal dia shj tahu betapa x makan samannya dia tuh…
widad kadang2 selfish… barang dia x boleh usik.. tapi kalau barang orang lain,selamba je dia guna… tu yg kadang2 bercekau dgn abeed… abeed nk pinjam,widad x bagi.. last2 abeed tumbuk dia… mula lah si widad nangis… kadang2 widad bawak lari barang2 dia dlm bilik & kunci bilik.. abeed pulak nangis… mcm tu la anak2 ahkak… rumah ni penuh dgn hiruk pikuk.. kejap main ketuk2 ramadhan… kejap baik, kejap gaduh, kejap nangis, kejap tergelak2… apapun merekalah penghibur hati… kalau xde diorang, senyap sunyi rumah…
ahkak heran jugak tengok anak2 org lain boleh behave kt shopping kompleks, tempat makan etc… anak2 ahkak kalau kat meja makan tu, mesti dh memanjat2, x nk duduk dlm high chair.. berlari sana sini.. anak org tu kadang2 duduk senyap je.. anak2 ku terlebih vitamin kah??? ke diri sendiri yg x pandai jaga anak?? x tau nk nilai… masing2 ada cara tersendiri dlm mendidik anak2..
3 comments: